Sudah Upgrade Pakej Hosting! :)


Semalam, ibu tak dapat bayangkan if blog ibu ini down dan tak boleh diakses gara-gara kehabisan bandwidth qouta. Huhu, tak mahu, tak mahu. Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang ibu tidak ingini, ibu nekad untuk upgrade pakej hosting blog ini. Dan, pagi ini ibu dah boleh tersenyum gembira kerana blog ibu still dapat diaccess. Seronok, memang rasa seronok. Hehe.

Sudah Upgrade Pakej Hosting

Pakej lama : sudah merah.

Okay, untuk makluman semua pembaca Blog Ibu Mifzal, ibu sudah pun upgrade pakej webhosting blog ini, kalau dulu setahun kena bayar sedikit tetapi tahun hadapan sudah kena bayar lebih banyak untuk pakej hosting. Huhu, tak adalah banyak mana pun sebenarnya, just tambah dalam RM50.00 sahaja. Tambah komitmen tahunan pula ibu ini. Tapi, tak mengapalah. Terpaksa demi blog kesayangan. Sudah jadi blogger tegarkah ibu ini?

Sudah Upgrade Pakej Hosting

Pakej baru : kembali kuning.

Ada beza dah kan. Sekarang sudah tidak ada warna merah lagi. Bandwith qouta terkini blog ini sudah bertambah sekali ganda. Ibu juga ada perasan, qouta disk space dan email pun sudah dah bertambah bilangannya. Fuh! Lega. Sekarang dah tak perlu risau dengan kouta bandwidth bulanan. Itu pun jika pengunjung masih ditahap ini. Kalau ada kemungkinan bertambah lagi agaknya kena upgrade pakej hosting lagi ke?

BACA INI : Monthly Bandwith Transfer Blog Ini Sudah Merah

Kalau perhati dekat value bandwdith itu, jika ibu tak upgrade pakej semalam agaknya memang blog ini sudah down dan tidak boleh diakses sudah pagi ini. Tentu ibu tidak dapat hendak mengupdate blog pagi ini. Huhu, apa pun semoga pengunjung ke blog ini semakin bertambah. Eh! Sekejab, ada tak yang sudi nak taja blog ibu ini? 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge