Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Drama terbaru di Slot Akasia TV3 yang akan menggantikan drama Deejavu Di Kinabalu yang akan habis siarannya x lama lg. Drama 26 episode ini akan ditayangkan pada 6 Ogos 2012 nanti. Dilakonkan oleh Neelofa, Hafil Andrio Putra (pelakon Indonesia) & Nazim Othman.
Sinopsis Drama Kau yang Terindah
Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya.
Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.
Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.
sumber gambar & sinopsis : Edtv
ps : boleh layan sambil buka puasa nanti..hehe
2,305 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Ermm…. jalan ceritanya menarik. Ada terdengar juga neelofa pergi mekah utk pengambaran drama. Drama ini lah kot rupanya. Tapi nak buat camne.. mmg xsuka tgk drama. Terlalu bermain dengan perasaan sangat hihi.
rasanya mmg drama ni..hehe…mmg la kalau hayati kita pun leh terikut2 cam watak kita lak watak dlm drama tu kan..
Emm macam best jer cite ni..sesedap cerita dejayu ke??
x tahu la..sebab x rasa pun cemana sedap citer ni…hehe
dh nk abis ke drama Dejavu tu…. nk kena tgk betul2 ni… asyik ketinggalan epsod jer… drama baru ni pun nmpk mcm best jgk…
itu la…sy lg la x ikuti pun drama tu..susah la nk tgk kalau buat time maghrib ni..