Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku Di Slot Azalea TV3


Assalamualaikum WBT  & Salam Sejahtera

Slot Lagenda akan digantikan dengan Slot Azalea…Waktu tayangan dikekalkan pada setiap hari Isnin – Khamis jam 4.00- 5.00 petang.. hoho..ibu baru tahu ni..hehe..maklumlah..ibu mana ada kesempatan nak tgk drama di slot Lagenda dulu…waktu kerja kan…sampai rumah dah kul 5.30 petang dah..

ok drama pertama yang akan menghiasi slot Azalea ialah drama Ampunkan Dosaku. Drama terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.

Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku

Ampunkan Dosaku mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia.

Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Upgrade your PC and office today. See more offers here.
Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.

Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.

Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.

sumber : puanbee.com

ps : korang layan je la ya…

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


1 Response

  1. Kusen Aluminium berkata:

    Assalamu’alaikum… tampkanya sinetron “AMpunkan DOsaku” ini banyak penggemarnya ya. Dan tema nya sangat bagus untuk mengajak manusia selalu ingat akan dosa nya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge