Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!


Sah! Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari Anugerah ABPBH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR, 24 NOV 2010: Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu, penyanyi No.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dianjurkan saban tahun oleh akhbar Berita Harian.

Namun, Jabatan Pengarang Berita Harian dan Jawatankuasa Induk ahli ABPBH seolah-olah seperti agak keberatan untuk menerima permohonan tarik diri daripada penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu.

Begitupun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang tadi, Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

“Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

“Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

“Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong,” katanya sewaktu diwawancara murai.com.my petang tadi.

Sumber : www.murai.com.my

ps : sokong keputusan SITI..mungkin dah tiba masanya berundur…tp sukar jgk mencari penggantinya kan..artis skang harap muka je..bakat sgt la kurang..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

You may also like...


2 Responses

  1. kakngah berkata:

    kalau ada pengganti pun, susah nak pecah rekod yg siti pegang…

  2. SyUhAdA berkata:

    ooh…
    bgus la mcm tu..
    bg pluang kat org lain lak..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge