Respons Dari Fida Ibrahim Tentang Penyebaran Gambar Nampak Rambut Di Internet

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

terbaca kat myMetro tentang Fida Ibrahim kini “sesak nafas” akibat gambar yang menampakkan rambut beliau tersebar di internet.

Fida ‘Sesak Nafas’

CINTA satu perkara cukup indah. Bila diri disayangi terasa dunia berputar di sekeliling kita. Seperti kata orang, dunia aku yang punya.

Begitupun, keindahan yang dikecapi berserta dugaan turut mencengkam hati dan perasaan.
Mungkin itulah sedang dirasai dan dialami pelakon yang sedang mencipta nama, Rafidah Ibrahim atau Fida apabila timbul pelbagai gosip kurang menyenangkan sejak menjalin hubungan dengan pelawak dan anggota kumpulan Sepah, Mamat.

Terbaru menerusi ruangan SS, timbul gosip menyatakan gambar Fida menunjukkan sebahagian rambut tersebar di laman sesawang hiburan.

Sudah tentu perkara itu menimbulkan rasa kurang senang peminat dan umum kerana seperti ramai sedia maklum, pelakon utama drama Epilog Syurga itu selama ini dikenali dengan imej sopan dengan penampilan bertudung.

Bukan itu saja, perselisihan faham antara Mamat dan bekas kekasihnya, vokalis kumpulan Butterfly, Adda, yang turut disiarkan di media, turut mengheret nama Fida, sehinggga ada yang menuduh Fida menjadi punca perpisahan itu.

Bagaimanapun, Adda menjelaskan perpisahannya dengan Mamat tiada kena mengena dengan Fida. Sekurang-kurangnya penjelasan itu boleh membuatkan Fida menarik nafas lega.

Namun berdepan dengan pelbagai gosip yang kurang menyenangkan, pastinya
Fida yang mula menceburi dunia seni melalui program realiti TV Pencarian Bintang Pantene sesak nafas menerima semua itu.

Apatah lagi selama ini dia cukup digemari ramai kerana keperibadiannya yang lemah lembut dan cukup sopan dari sudut penampilan.

Mengapa apabila selepas bercinta dengan Mamat, pelbagai cerita kurang sedap dikaitkan dengan dirinya? Apakah sebenarnya yang sudah berlaku? Adakah Mamat banyak mempengaruhi Fida sehingga menyebabkan pelbagai gosip kurang sedap didengar timbul?

Ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima baru-baru ini, Fida tidak menafikan berasa sedih dengan apa yang berlaku terutama membabitkan gosip terbaru mengenai gambarnya yang menunjukkan sebahagian rambutnya disebar secara tidak sengaja oleh Mamat melalui laman sosial facebook.

Kata Fida, sebenarnya dia enggan mengulas panjang mengenainya kerana dia sendiri tidak tahu apa yang harus diperkatakan.

“Saya takut jika saya memberikan kenyataan sekarang, ia akan memberikan implikasi lebih buruk. Berilah saya masa sebelum memberikan sebarang penjelasan
mengenainya.

“Saya janji apabila sudah bersedia, saya akan tampil dan memberikan kenyataan bagi menghuraikan segala cerita kurang sedap mengenai saya yang sedang diperkatakan sekarang,” katanya.

Mengenai perang antara Ada dan Mamat yang disiarkan media kebelakangan ini, Fida menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas kekasih kepada anggota kumpulan Sepah itu.

“Terus-terang, dalam berhadapan dengan kemelut ini saya ada menghubungi Ada dan berbicara mengenai masalah yang timbul. Saya tidak mahu apabila saya dikatakan menjadi punca Mamat putus hubungan dengan Adda.

“Malah saya juga ada bertanya dengan Ada sebelum ini adakah dia masih menyayangi Mamat. Begitupun, saya tidak berhak untuk mencampuri masalah yang berlaku antara Mamat dan Adda. Saya juga tidak mahu campur kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Fida turut menegaskan, sebelum ini banyak pihak datang kepadanya bertanya mengenai isu yang ditimbulkan tetapi seperti dijelaskan, dia belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

“Saya rasa lebih baik saya jawab sekali di hadapan semua pihak media. Saya berjanji, satu sidang akhbar mengenainya akan saya lakukan dan selepas itu saya berharap ia tidak lagi timbul,” katanya.

Mamat sebelum ini ada membuat kenyataan mengulas penyebaran gambar itu dan memohon maaf atas keghairahan dirinya hingga memuatkan gambar kekasihnya itu hingga ia menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

Alasan Mamat, ketika gambar itu diambil, dia tidak nampak sebahagian rambut Fida tidak ditutup kerana tidak memakai cermin mata. Kenyataan Mamat itu menimbulkan pelbagai reaksi peminat dan dianggap satu lawak yang tidak kelakar serta disifatkan pendek akal.

sumber : myMetro

hmm..mana x sesak nafas..awak imej bertudung..alih gmbar nmpk rambut tersebar…kalau dah terlibat dengan dunia glamor…gini la jadinya..ada je controversi kan..

ps : kan elok bertudung mcm gambar kat atas tuh..

 2,332 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*