Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)

 Hari ini, ibu nak share resipi makanan kegemaran ibu. Resipi sambal hitam belimbing buluh. Memang gemar sangat-sangatlah. Sebelum ini tak pernah cuba masak sendiri. Beli sahaja dengan kawan. Tapi kali ini, ibu cuba masak sendiri. Kebetulan pula, ada stok belimbing buluh yang Abah Mifzal bawa balik.

resepi sambal hitam pahang
Sedapnya!

Sambal hitam belimbing buluh ini, kalau dimakan dengan nasi yang panas, memang orang cakap mak mentua lalu pun tak angkat kepala. Hehe. Sedap sungguh. Ibu mula-mula kenal dengan masakan ini ketika ibu mula bekerja di Kuala Lipis, Pahang. Kawan serumah yang kenalkan. Pertama kali rasa, ya Allah sedapnya. Memang makan nasi bertambah-tambah.

Jom, ibu kongsikan resipi sambal hitam yang ibu dah masak ini.

Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)

Bahan – bahan :

500 gm Belimbing Buluh
7 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
15 tangkai Cili Padi (boleh lebihkan atau kurangkan ikut kepedasan yang dikehendaki)
1 cawan Ikan Bilis
Minyak masak
Garam
Gula

Cara Membuat :-

1. Belimbing buluh dibersihkan dan direbus sehingga warna bertukar menjadi sedikit gelap.

2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.

3. Kisar atau tumbuk kasar ikan bilis.

4. Tumis bahan kisar dan masukkan ikan bilis dan belimbing buluh yang telah direbus.

5. Kemudian masukkan garam dan gula

6. Kacau sehingga kering

BACA INI : Resipi Burger ‘Homemade’

resipi sambal hitam
Dikacau sebati.
sambal hitam sedap
Hampir siap!

Dek kerana ibu gemar dengan sambal hitam pahang ini, ibu minta Abah Mifzal, tanamkan pokok belimbing di tepi laman rumah kami. Senang, bila berbuah nanti, ibu boleh masak sendiri sambal ini. Lagi pun resipinya tak susah mana pun. Bahan-bahan pun senang hendak dicari di pasar.

Okay, kepada kawan-kawan yang membaca blog ibu ini, jangan lupa mencubanya. Sambal yang masam-masam pedas. 😀

 2,723 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*