Site icon Blog Ibu Mifzal

Progress Rumah : Sempat Siap Tak Sebelum Aidilfitri?

Tak sabarnya menunggu. Pemaju beritahu, tempoh siap rumah idaman kami ini adalah sebelum raya Aidilfitri nanti. Lagi 2 bulan. Sempat ke siap ni? Harap-harap sempat lah siap. Boleh lah beraya di rumah baru 😀  dan ini gambar progress terkini rumah kami. Pada ibu, banyak lagi yang tak siap ni. Macam tak confident pun ya dapat siap sebelum raya.

Hari isnin lepas, pemaju maklumkan yang pagar dawai hijau sekeliling rumah akan digantikan dengan pagar bata bersimen. Design standard. Tak ada corak-corak. Katanya kitaorang dah jimat dalam RM8000 jika buat pagar sendiri. Eh! memang harga gitu ke kalau nak buat pagar? Errk!! mahal juga ya. Pengantian pagar ini juga bersyarat. Jika bersetuju dengan cadangan bina pagar ini, tiles di porch tidak akan dipasang. Katanya lebih jimat kerana tiles kalau pasang sendiri kos dalam RM2000 sahaja.

Kami bersetuju sahaja kerana memang ada niat ingin upah bina pagar bata bila rumah dah siap nanti. Kiranya, sudah selesai 1 keperluan masuk rumah. Boleh kami tumpukan bajet kepada keperluan lain seperti memasang grill, peralatan dalam rumah, kitchen cabinet dan sebagainya. Bajet pun terhad, jadi banyak benda kena fikir sebelum nak masuk rumah baru nanti kan.

Ini gambar rumah contoh. Simple dan kecil je kan design. Tapi yang penting tak berkongsi dinding rumah dengan jiran. Kongsi pagar je tak apa lah. Sebab itu, walau progress pembinaan rumah ini lambat, kami sabarkan sahaja. Rumah ini punya pasal. Hehe..Oh cepat lah siap wahai rumah. Dah lama menunggu ni 😀

 2,277 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version