Perkhidmatan KTM Alami Gangguan Akibat Hujan Lebat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Petikan daripada Berita Harian

 2011/09/15

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren KTM Berhad meliputi KTM Komuter, ETS, KTM Intercity dan KTM Kargo mengalami gangguan akibat limpahan air hujan yang mengganggu struktur landasan di Kilometer 366.392 di antara Kuang ke Sungai Buloh akibat hujan lebat berterusan bermula petang semalam.

KTM menerusi kenyataan berkata, perkhidmatan tren tersebut terpaksa dijadualkan semula dan KTM menjangkakan kerja membaik pulih landasan dan struktur akan hanya dapat disiapkan sebelum jam 2 petang Sabtu ini (17 September).

Bagi perkhidmatan komuter, tren dari Sungai Gadut ke Rawang ditamatkan di Stesen Sungai Buloh dan berpatah balik ke Sungai Gadut manakala penumpang dari Sungai Buloh ke Rawang akan meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan bas perantaraan yang disediakan.

“Bagaimanapun, perkhidmatan sektor Pelabuhan Klang-Batu Caves dan Rawang-Tanjung Malim tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa,” kata kenyataan itu.

Bagi perkhidmatan KTM Intercity pula, tren yang dijadualkan semula ialah Ekspres Sinaran Utara Butterworth-Tanjung Malim di mana perkhidmatan tren ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke KL Sentral.

Bagi Ekspres Senandung Mutiara Tanjung Malim-Butterworth pula, tren bermula dari stesen Tanjung Malim dan penumpang akan menaiki bas dari stesen KL Sentral ke stesen Tanjung Malim atau penumpang boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dari Rawang ke stesen Tanjung Malim.

Bagi Ekspres Senandung Langkawi Hat Yai-Ipoh, perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Ipoh dan penumpang dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke KL Sentral manakala bagi perjalanan Ipoh-Hat Yai pula, tren akan bermula dari stesen Ipoh di mana penumpang akan menaiki bas dari stesen KL Sentral ke stesen itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 dari jam 9 pagi hingga 10 malam. – BERNAMA

aduhai…ibu baru bercadang nak ke KL esok naik komuter..konon senang nak parking kereta..nampak gayanya kena la naik bas jugak kali ni..huhu..mujur terbaca berita ni..kalu x haru jugak..sure terpingga ibu nnt..uhuk..

ps : dah lama x naik tren balik kampung..huhu..

 716 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*