Pengalaman Pertama Dengan iPhone 5

Seperti yang ibu janjikan, ibu ingin kongsikan cerita pengalaman pertama dengan iPhone 5. Belum banyak aplikasi yang ibu pasang di dalam iPhone 5 ini. Yang basic saja seperti Facebook, Twitter, Instagram, Chat On, Viber, WordPress dan beberapa aplikasi yang lain yang ibu kira ibu akan menggunakannya nanti.

Pengalaman Pertama Dengan iPhone
Antaramuka iPhone 5

Ibu masih cuba membiasakan diri dengan telefon pintar baru ini. Namun tidak lah sesusah mana mahu mempelajarinya. Saiz screen yang lebih kecil berbanding Cik Note membuatkan ibu selalu tersalah tekan huruf di keyboard.

Pengalaman Pertama Dengan iPhone 5

Ada kawan ibu, bertanya kan kepada ibu, best ke guna iPhone 5 setelah ibu curang dengan smartphone jenama Samsung? Masih terlalu awal untuk ibu simpulkan. Ibu tidak pandai nak buat review bagai, cuma bercerita menerusi pengalaman sehari dua ini. Ia agak bagus untuk permulaan berbanding ketika awal-awal menggunakan Cik Note dan En Torch dulu. Belum hang lagi walaupun banyak buka aplikasi dalam sesuatu masa. Smooth je rasa dan loading aplikasi yang memang laju. Memang terasa berbeza ketika menggunakan Android Phone yang selalu hang terutamanya aplikasi touchwiz @ TW Launcher.ย 

Saiz iPhone 5 yang ibu rasa memang sesuai dengan saiz tapak tangan ibu memudahkan ibu memegangnya. Walaupun size screenย nya agak kecil tapi masih ok bagi ibu. Mungkin juga sudah jemu ber”screen” besar. Nak masuk dalam kocek seluar pun muat kan. Tidak ada lagi istilah besar gabak dah :p

Kecewa juga mula-mula bila ibu tidak dapat memasang aplikasi Whatsapp. Berbayar pula aplikasi ini di iPhone. Nak beli tetapi ibu tiada kad kredit mahupun kad debit yang boleh digunakan untuk membeli secara online. Tidak mengapalah, aplikasi seperti Chat On, Viber atau WeChat juga boleh digunakan. Whatsapp di dalam Cik Note masih berfungsi walaupun sudah tiada sim kad digunakan ๐Ÿ˜€

Aturan dan User Interface di iPhone 5 juga bagi ibu masih user friendly. Tidak lah susah mana hendak digunakan. Tekan-tekan sahaja. hehe.

Pengalaman Pertama Dengan iPhone
Gambar yang diambil menggunakan iPhone 5

Kualiti gambar, jika ibu bandingkan dengan gambar yang diambil menggunakan Cik Note (8MP), bagi ibu, lebih kurang sama sahaja. Ada aplikasi untuk edit-edit gambar, jadi bagi ibu okay sahaja.

Tiada Aplikasi Radio

Mujur ibu bukan penguna tegar aplikasi radio di telefon. Tidak ada aplikasi radio pun tidak mengapa. Cuma susahnya mahu download lagu atau mahu transfer lagu/mp3 ke dalam iPhone 5. Mahu guna Bluetooth, ia tidak dapat paired dengan device selain product Apple.ย Nak beli, seperti yang ibu beritahu, ibu tidak dapat membuat pembayaran secara online kerana masalah kad kredit /debit. Buat masa ini, kosong lagi file berfomat MP3 di dalam iPhone 5 ini.

Earpod/earphone iPhone 5 bagi ibu sangat best. Bunyi bass nya, wah buat berdenyut jantung. Bunyinya sangat bagus. Ini ibu test di laptop HP ProBook ini. Hehe. Nak test di iPhone 5, belum ada lagu lagi. :p Pasti bunyi di iPhone 5 lebih bagus. Seperti menggunakan headphone yang besar itu. Oh! ibu sangat suka. Tidak seperti earphone Cik Note, bunyinya kurang bagus dan bila memakainya agak menyakitkan telinga ibu.

Apa lagi ya nak cerita? Hmm..setakat ini dulu kot. Baru 2-3 hari pakai, tak banyak pengalaman menggunakan iPhone 5 dapat dikongsi. Namun boleh ibu katakan, memilikinya mungkin memberi satu kepuasan kepada para peminat iPhone.

 1,190 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

19 Comments

  1. Tahniah sebab dah jadi pengguna Apple..bagi yang pernah gunakan antara dua jenama ni (Samsung dan Apple), pasti akan terasa perbezaannya..seperti yang ibu cakapkan..ia lebih smooth..dan tidak hang..
    ** Maaf ya pengguna Samsung.. sekadar pendapat.. ๐Ÿ™‚

  2. bard uska pakai iPhone 5 ni..kualiti gamabr dia memang terbaik la..nak tangkap gambar pun cepat..so takde la ter’miss’ apa2 moment yang nak di’capture’…

  3. Salah satu kelebihan iOS ni susah nak hang ibu, Sebab tu masih ramai yang setia dengan Apple sebab susah nak hang. Whatapp tu ada masa jadi free. Kena sentiasa tengok dekat apps tu.

  4. Iphone best, samsung pun best. Hahaha. Tapi Iphone ni tulah, kadang-kadang ada apps yang tak ada dekat Iphone ada dekat android. Kadang-kadang apps dekat Iphone berbayar.. Huhu.. Terpaksa pakai 2-2. ๐Ÿ˜€

  5. Bila dah guna iPhone (produk Apple), Ibu kenalah berbaik2 dengan iTunes. Semua benda nak transfer mesti melalui iTunes. Bila dah biasa nanti, akan jadi senang…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*