Site icon Blog Ibu Mifzal

Pengalaman Menggunakan Produk Bio-Essence Tanaka White

Kira-kira sudah sebulan ibu mencuba produk ini. Beli gaji bulan 2/2017 dan ini sudah nak dapat gaji 3/2017. Sekejap je masa berlalu :p. Sebenarnya, sebelum mencuba produk ini, sudah banyak produk-produk penjagaan  wajah yang ibu sudah cuba. Kesan? Ada yang berkesan dan ada juga yang tidak. Sebelum ini set produk penjagaan wajah yang ibu pernah cuba adalah seperti Nano White, Simplysiti, Garnier, NV, Nuriz Kosmetik, Dnarz, Vida Beauty dan lain-lain lagi. Dan, yang terbaru adalah produk Bio-Essence Tanaka White.

Skincare Bio Essence Tanaka White (Double Whitening)

Ibu memang suka terus beli satu set. Sebab nak cuba semua produk yang ada.

  1. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Cleansing Form
  2. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Clarifying Softener
  3. Bio-essence Tanaka White – 4X Intensive White Serum
  4. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Day Cream SPF20
  5. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Renewal Night Cream

Kalau iku hati sebenarnya nak mencuba yang set gold tu tapi harganya mak aih..

BACA INI : Set Percubaan Nouvelles Visage (NV)

Yang set Tanaka White ini pun sudah cecah lebih RM130.00. Ada ibu beli secara berasingan dan ada yang secara set promosi. Kalau semua beli set berasingan lagi lah mahal. Tapi nak jaga muka punya pasal turutkan sahaja lah kan.

Cara Penggunaan Produk

Langkah Penggunaan

Langkah-langkah penggunaan produk ini adalah seperti gambar di atas.

Gigihkan juga ikut langkah-langkah penggunakannya. Kalau dulu sangat malas nak guna masa malam. Selalu tertidur tanpa tempek apa-apa pun kat muka. Tapi kali ini, kena tekad lah..nak muka putih punya pasal hehehe…

Walaupun masih terlalu awal…tapi boleh lah ibu kongsikan kesannya serba sedikit. Sepanjang sebulan penggunaan produk ini, ibu dapat rasakan juga kesan awal ya. Kulit muka rasa lebih licin. Kesan gelap di wajah mula pudar walaupun masih belum hilang sepenuhnya. Kulit lebih lembap dan tidak kering. Buat masa ini ibu agak berpuas hati dengan kesannya.

 51,138 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version