Penangguhan SBPA @ Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

“Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya. Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

“Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini,” katanya. – BERNAMA

ps : mcm apa je..dah belum buat semakan menyeluruh…x yah la announce awal2..gaji belum naik..harga barang dah mencanak2 naik..apa lah nasib… rakyat gak yang terbeban dgn kenaikan harga barang..hmmm

 

 

 760 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*