Ops Sikap #24 Dari 23 Ogos – 6 September 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ops Sikap #24 baru bermula semalam, iaitu dari 23 Ogos sehingga 6 September 2011.

patut la ibu tgk kat tepi2 jalan di lokasi2 terpilih dah ada dah khemah2 polis trafic…memula gabra juga..eh ada road block ke…ya mana x gabra sbb ibu ni suka x pakai tali pinggang keledar..bukan apa..selalu lupa..huhu..kalau ingat sure pakai…bila tgk ada khemah polis tu terus kelam kabut nak pakai seat belt..huhu

kali ini ops sikap kali ini membabitkan lebih 10,000 anggota dan pegawai PDRM akan diadakan selama 15 hari bermula 23 Ogos 2011,

tapi bukan ops sikap je..ops raya oleh JBPM (Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia) turut mengadakan Ops Raya 2011 akan membabitkan 10,090 anggota JBPM berkuat kuasa selama dua minggu bermula 22 Ogos 2011.

Ops Sikap ke-24 PDRM..

  • sasaran untuk mengurangkan lima peratus kadar kemalangan maut,
  • menggunakan konsep Ronda dan Statik di 40 lokasi di lebuh raya menggunakan kanopi dan 160 lokasi pemantauan di Jalan Persekutuan sebagai pusat tindakan pantas bantuan kepada orang ramai.
  • tetap mengeluarkan saman amaran, termasuk saman ekor kepada pengguna yang melanggar peraturan trafik sekali gus tidak akan melayan sebarang rayuan berhubung saman terbabit.
  • Notis saman itu akan dihantar bersama gambar kesalahan yang dirakamkan secepat mungkin ke alamat pemandu,
  • lancar Kempen Rumah Selamat sebagai ciri tambahan kepada Ops Sikap, di mana orang ramai perlu mengisi Borang Maklumat Balik Kampung bagi membolehkan polis melakukan rondaan di kawasan kediaman mereka.
  • talian bebas tol 1800 88 1412

Ops Raya 2011 JBPM..

  • 16 lokasi strategik di beberapa lebuh raya dipilih bagi menempatkan anggota bomba dan jentera penyelamat,
  • operasi sokongan kepada Ops Sikap Ke-24,
  • membabitkan 258 balai bomba yang menyaksikan anggota bomba melakukan rondaan dan pemantauan 24 jam di Jalan Persekutuan, Jalan Bandaran dan lain-lain jalan,
  • objektif mengurangkan masa tindak balas kecemasan membabitkan kes kemalangan, kebakaran dan bencana kimia di jalan raya dan premis kediaman serta komersial.
  • meletakkan tujuh helikopter Unit Udara JBPM dalam mod berjaga-jaga untuk sebarang misi menyelamat,
  • aktifkan bilik gerakan operasi negeri untuk melancarkan operasi.

Sumber asal :

ramai yg akan pulang berhari raya ke kampung pada musim perayaan ini…dengan adanya ops sikap dan ops raya ni dapat membantu mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya yg meragut nyawa…bukan pihak berwajib je bertanggungjawab..pengguna jalan raya juga perlu berhati2 bagi memastikan perjalanan yg selamat.

ps : 3 hari ni kebelakangan, setiap pagi ada je kemalangan jalan raya yg membabitkan kenderaan berat seperti lori dan treller kat jalan Sungkai – Tapah..takut rasa bila drive kereta… semoga perjalanan kita sentiasa dilindungi Allah SWT dari mala petaka.

 908 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*