Ole-Ole Dari Indonesia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dapat ole-ole dari bos ibu yang pergi melawat sambil belajar ke Jakarta & Bandung, Indonesia. Lawatan percuma yang ditanggung sepenuhnya. Seronok dapat melawat negara orang…seronok lagi sebab lawatan tu percuma.

telekong solat

Bila la giliran ibu pula? Susah kalau Jabatan tempat ibu kerja ni. Selalunya bos-bos besar je ada peluang sebegitu. Bos ibu pun pergi bukan di bawah jabatan tapi bawah tajaan YB untuk tok-tok sidang kawasan DUN nya. Bak kata bos ibu ” jadi tok sidang 2 tahun dah boleh melawat ke luar negara, tapi kalau dengan jabatan, ke Sabah pun tak lepas “. Hehe..nasib lah…

Apa pun semua itu tak penting…yang penting kita kerja dengan ikhlas kan..

ps : bekerja lah kito sekueknyo!!

Posted from My Samsung Galaxy Note

 1,611 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

7 Comments

  1. Takper ibu, kalau takder tajaan, kumpul duit, boleh pergi sendiri… Kos nak pergi ke indonesia pun kalau dirancang awal-awal tak mahal sangat.

    Apapun, sekurang-kurangnya dapat juga ole-ole dari indonesia… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*