Nombor Akaun TNB Baharu Dan Bil Tak Masuk Akal


Kawan-kawan semua tahu tak yang nombor akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah bertukar dari 14 digit kepada 12 digit? Ibu pasti ramai juga yang seperti ibu baru mengetahui penukaran nombor akaun ini. Ini kerana TNB hanya mewar-warkan penukar tersebut melalui keterangan di bahagian belakang bil eletrik pengguna. Kalau tidak alert memang tak perasan pun yang nombor akaun TNB baharu dan sudah bertukar. Ibu pun sama. Kalau tidak kerana kesilapan bil yang baru ibu terima semalam. Memang ibu pun tidak tahu. Pasti membayar ikut nombor akaun lama yang dah siap disimpan di dalam favorite payee list akaun bank. Huhu..

nombor akaun TNB baharu

Nombor akaun TNB  baharu.

Jadi selepas ini, ketika ingin membuat pembayaran bil eletrik masing, pastikan menggunakan akaun baru baru mengelakkan sebarang masalah selepas ini sekiranya ada. Penukaran ini berkuatkuasa pada 21 Julai 2016 setelah pihak TNB mengumumkan penggunaan sistem baru.

Nombor Akaun TNB Baharu Dan Bil Tak Masuk Akal

BACA INI : Alhamdulillah

Okay…selain itu ibu juga nak berkongsi tentang bil eletrik TNB yang ibu terima semalam yang ibu rasakan tak masuk akal. Terkejut ibu, bila pertama kali menerima bil berjumlah RM408.60. Tidak pernah-pernah bil eletrik melambung seperti ibu. Kebiasaan penggunaan kami sekeluarga lebih kurang 400kwh sebulan atau dalam lingkungan RM100.00 ke RM130.00 sebulan.

Nombor Akaun TNB baharu dan bil tak masuk akal

Bil Tak Masuk Akal!

Semak punya semak rupanya ada kesilapan bacaan meter. Sepatutnya bacaan ada 4425 tetapi yang tercatit adalah 4925. Aduhai..ini mungkin staff TNB yang ambil bacaan ni tak nampak dengan jelas sebab lihat bacaan itu dari jauh. Pagar rumah pula terkunci. Patut kena sedia teropong kot baru boleh lihat dengan jelas bacaan tu.. Iyalah tak akan pula nak biarkan pagar tak berkunci pula semata-mata untuk ambil bacaan meter. Bil-bil sebelum ini tak ada pula salah baca or anggar. Perbezaan bawah 10kwh masih boleh diterima. Tetapi dalam kes ini perbezaannya adalah sebanyak 500 kwh. Sangat banyak okay. Tak sanggup ibu nak bayar lebihan hampir RM300.00 itu. Dengan caj GST lagi. Lagi menjadikan nilainya semakin banyak dan tak masuk akal..huhu…

gambar meter digital elektrik TNB

Bacaan Meter Yang Sebenar

Bergegas juga ibu petang semalam ke TNB terdekat untuk buat aduan. Sebelum itu sempat bertanya kepada kawan sekelas ibu ketika sambung belajar di UUM, apa prosedur nak buat aduan pembetulan bil. Bukan apa tak mahu pula ulang alik ke TNB semata-mata tak cukup dokumen kan. Rupanya mudah sahaja. Bawa bil dan bukti gambar bacaan meter yang betul dan terkini. Sekejap je prosesnya. Jadi, ibu tidak perlu membayar amount yang banyak itu tetapi bayar ikut bil baru mengikut jumlah yang ibu adukan.

Tetapikan…hati rasa geram juga. Tak pasal-pasal pula kena uruskan hal ini pula. Nasib pejabat TNB dekat. Kalau jauh..naya je…huhu..mungkin boleh adu online kot…

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


1 Response

  1. Hafizul berkata:

    Haru gak ni.. Mujur cek dulu.. Kalau tak, bayar aje la… melayang duit macam tu aje.. Betul gak tu.. Mesti kes tak nampak jelas ni..
    Jom baca entri di blog Hafizul : Gemuruh Berada Di Khalayak RamaiMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge