Nebulizer Lagi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari Jumaat lepas, Mifzal Arsyad kena sedut gas lagi. Aduhai, kesiannya kat anak ibu seorang ni. Rasanya baru je sembuh dari demam dan cirit-birit minggu lepas. Sekarang ni, batuk, selesema dan lelah pula. Start hari Khamis lepas kena masa ibu ambil dari taska permata. Masa hantar tak ada lagi kena batuk dan selesema. Masa ambil tu, ibu dah perasan kat dalam taska lagi dah batuk-batuk. Ibu memang sangat risau bila Mifzal Arsyad dah start batuk-batuk..sebab selalunya kena ambil nebulizer.

image
kasihan anak ibu, nampak penat

Bila tanya Mifzal Arsyad, ada main air ke kat school? Mifzal Arsyad jawab “ibu, boboy mintak maaf. Boboy main air dalam tandas tadi ” Ibu tanya jugak tandas mana. Jawabnya tandas school. Memang ibu agak tandas taska dia sebab kalau tandas kat rumah..boboy tak panggil tandas, dia panggil tandas tu bilik air ibu atau bilik air abah. Bila ibu tanya cikgu-cikgu taska tu..ada aktiviti main air ke hari Khamis tu..Diaorang cakap tak ada. Ibu pun assume mungkin Mifzal Arsyad main air masa mandi kot. Mifzal Arsyad ni bukan tak boleh main air tapi tak boleh lama-lama sebab dia tak tahan sejuk. So, ibu pun pesan lah supaya pantau jangan bagi Mifzal Arsyad main air dan jangan bagi tidur dalam bilik ber air-cond. Ubat pun ada ibu bekal kan masa hantar ke taska pagi Jumaat tu.

Tengahari tu, ibu dapat call dari cikgu taska bagitau yang Mifzal Arsyad cakap dia tak larat. Terus ibu pergi ke taska. Nasib baik dekat. Cikgunya bagitau Mifzal Arsyad dalam tak sihat tu, main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Alahai..mana lah tak semput..Ibu pun tengok pernafasan dia agak laju..so, terus ke unit kecemasan Hospital Tapah untuk ambil nebulizer.

image
merenung jauh nasib diri...sob..sob
image
Dah ambil gas, nampak makin ceria

Ps : lekas sembuh ya sayang ibu.

Posted from My Samsung Galaxy Note

 2,124 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

20 Comments

  1. Ada doctor yg tak galakkan guna nebulizer ini sebab budak2 biasanya salur pernafasan mmg kecil, jadi bila tersumbat sikit dah nampak mcm asma.

  2. dugaan dalam mematangkan kehidupan..mana kita tahu mifzal ni bawak tauh satu hari nanti..kecik2 susahkan ibu bapa,besar2 bawak tuah…emm paling sedih bila tgok gambar mifzal merenung tu..mcm tahu jer penderitaan yang ditanggung…hukhukhuk..

      • emm macam anak sy jugak la..senang jer nak jaga..kelmarin ibu jari dia masuk selumbar..ntah g rembat kat mana auu selumbar tu..tunggu malam dia tdo baru boleh buang..payah tahap mana pun nak buang, kena ikhtiar jugak sebab pikirkan kesakitan yang ditanggung..walaupun terpaksa tidur lewat..dia sakit mana pandai oyat..wak muka selamber je la..hehe..hati ayah mithali mcm ni kot..hahaha

  3. mcm anak ke-3 dan bongsu sy lah… merasa nebulizer berkali-kali, sampai terpaks abeli letak kat rumah pun, kahak byk sgt…

    ibu mifzal boleh try Habbatus Sauda’, ubat segala penyakit kecuali maut

  4. selesema ke IMA? ingatkan asthma tadi… budak-budak kalau biarkan batuk lelama, tak boleh. nanti makin menjadi batuknya. anak sulung saya pun kalau terlalu lama sangat selesema, jadi macam ni lah…

    • kena asma sekali. sbb tu pi ambil nebulizer..kalau selesema je..just makan ubat je..

      kalau batuk lebih 2 hari mmg harus bawak pergi check sbb takut jangkitan kuman dalam paru2..sgt bahaya sbb boleh bawak maut..tambahan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*