Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Monthly Bandwidth Transfer Blog Ini Sudah Merah


Huhu, baru tergerak hati tadi hendak tengok cpanel blog ini. Selalunya ibu memang tidak kisah sangat dengan hal-hal teknikal hosting. Lebih suka serahkan pada yang mahir (penyedia hosting). Tetapi kali ini bila buka cpanel. Alamak, terkejut ibu sebab ternampakkan ada warna merah atau warning di dashboard cpanel. Aduhai, rupa-rupanyanya monthly bandwidth transfer blog ini sudah hemdak capai limit sudah. Aduss!! memang boleh dikatakan sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sudah kouta bandwdith ini. If sudah exceed, sudah pasti blog ini tidak akan dapat diakses sehingga hujung bulan kerana counter kiraanya akan direset semula hanya pada awal bulan.

Monthly Bandwith Transfer Blog Ini Sudah Merah

Sudah merah!!

Aduhai, pening ibu. Macam mana ini. Sudah mostly 97% telah digunakan. Sudah lah qouta bandwidth blog ibu ini ciput sahaja. Hanya 30GB. Sedikit kan? Itulah, masa beli hosting dulu tidak tersangka pula trafik blog ini boleh naik dan makin naik. Bulan ini sahaja baru nampak peningkatan trafik blog. Sebelum ini suam-suam kuku. sahaja. Alahai.

Upgrade Monthly Bandwidth Transfer

Jadi, tadi ibu pagi tadi telah hantar satu email kepada penyedia hosting iaitu, AnjungHostingCafe untuk meminta tolong untuk menyelesaikan masalah ini. Ibu bertanyakan cara macam mana hendak extend limit bandwidth blog ini. Dan. dengan cepat staff Anjung HostingCafe ini balas dengan menelefon ibu. Ibu disyorkan untuk upgrade hosting package lah. Tetapi. memandangkan ini pun sudah hendak akhir bulan, ibu hendak tengok dahulu keadaan. Lagipun qouta akan direset pada awal bulan. Jika peningkatan trafik hanya bersifat sementara, ibu rasa seperti rugi pula kalau upgrade.

Tetapi, sekiranya blog ini tidak dapat diakses dalam masa dua atau tiga hari ini, memang sah lah limit bandwidth sudah penuh. Jadi, kenalah korek tabung syiling juga upgrade pakej hosting. Lagi pun memang ibu mengharapkan semakin banyak trafik blog di masa-masa akan datang nanti. Insya Allah. Moga diperkenankan.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge