Mifzal Arsyad & Doa Makan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu baru noticed yg Mifzal Arsyad dah pandai baca doa makan…lately ni mmg agak ketinggalan mengikuti perkembangan Mifzal Arsyad sbb ibu rasa anak ibu tu masih kecil..tetapi rupanya anak ibu dah pun besar n dah berusia 3 tahun 4 bulan…ya anak ibu dah besar dah (tapi ibu rasa Mifzal Arsyad still my lovely little boy)..kalau tanya Mifzal Arsyad, sure la dak kecik tu cakap ” adik kecik lagi”

Perkembangan Mifzal Arsyad mmg memberangsangkan..seawal 2 tahun setengah, Mifzal sudah menghafal dan mengenal A, B, C hingga Z, 1 – 10 & alif ba ta hingga ya, kenal warna dan tahu membezakannya…ibu kagum dengan kepintarannya..Mifzal mmg kenal huruf dan number…tunjuk la apa jua huruf n number & warna..Mifzal Arsyad dapat jawab dengan betul..ibu mana yang x kagum dan rasa bertuah bila cikgu2 Taska Permata memujinya…Mifzal Arsyad juga semakin petah bercakap…ingat lagi ibu bila dulu ada yg menganggap mifzal agak bermasalah dari segi percakapan ketika umur setahun lebih….pada ibu, normal la bila budak pandai berjalan dulu..cakap lambat..tp x lmbt mana pun..sbb dua tahun dah dapat ckp dah..nah..bila dapat bercakap..mmg x terlayan..yg palin g x tahan..ayat2nya sangat skema..hehe…. alhamdulillah..syukur Ya Allah..ibu gembira dan bahagia punya Mifzal Arsyad..

Alhamdulillah… Mifzal Arsyad dapat menghafal dan mengingat dengan cepat apa yang diajar..doa makan pun leh hafal dengan betul…mungkin selalu di praktikkan di taska kot….kat umah baca Bismillah je bila nak makan.. 😀

Gambar : ~Tengah makan ice cream @ Tesco Kampar~

mifzal & doa makan

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge