Semalam, ibu keluar awal dari pejabat. Jam 3.30 petang, ibu minta kebenaran dengan bos ibu untuk ke Tesco Kampar. Tujuan adalah untuk mencari hadiah perkahwinan rakan staff pejabat kami yang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini. Ibu minta Abah Mifzal temankan. Nak mencari hadiah perkahwinan ini, kalu seorang tak ada idea nak beli apa. Kami pergi berdua sahaja. Mifzal, ibu tak bawa. tinggal dengan pengasuh. Lagi pun, jauh pula kalau mahu patah balik ambil Mifzal kan.
Pilih punya pilih, hadiah ini juga yang kami beli. Sinonim dengan hadiah perkahwinan. 😀
Shopping
Kami tak bershopping pun di sana. Sebab memang tujuan utama hendak mencari hadiah perkahwinan seperti yang diarahkan oleh bos ibu. Tapi dek kerana perut lapar, kami singgah makan KFC Snack Plate di KFC Tesco Kampar. Penat dan lapar tau, susah sebenarnya nak cari hadiah ni. Kena pusing satu tesco baru jumpu. :p
Tetapi kan, dalam kononnya tak ada tujuan lain itu, sempat juga sambar mainan untuk Mifzal. Tak boleh lupa budak kecil itu, walau di mana kami berada. Haha. 😀
1,475 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
kalau hadiah kawen, kalau bkn blender, piuk nasi kan… sinonim btl…
tp, ada org bagi lesung batu gak.. hihihi!!
amboi mentang2 ler br dpt gaji..
ekekeke..gaji dah abih dah..huhu..