Mencuba Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold

Setelah 4 bulan mengguna produk Bio Essence Tanaka White, ibu beralih kepada produk penjagaan wajah Safi Rania Gold. Beralih bukan kerana Bio Essence tidak sesuai dengan wajah ibu tetapi sejak Bio Essence keluarkan produk Tanaka White + Camelia, ibu lihat harganya juga naik. Makin mahal tak mampu la pula nak maintain. Banyak juga bezanya. Kalau dulu krim malam or siang baru RM30.00 lebih. Tapi sekarang hampir cecah RM60.00 sebekas. Serum lagi mahal. Dulu rasanya dalam RM70.00 lebih sahaja tetapi sekarang hampir RM100.00 sebotol. Aduhai mahal sungguh 🙁 Jadi ibu decided untuk mencuba set penjagaan wajah yang harganya affordable. Safi Rania Gold jadi pilihan ibu.

rangkaian produk penjagaan wajah safi rania
Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold

Okay, sebenarnya ibu pernah mengguna produk Safi Rania Gold ini 6 tahun lepas. Sebab ibu berhenti guna ibu tak ingat tapi biasalah ibu ni memang suka-suka tukar produk. Konon nak try tetapi susah nak maintain. Jenis sekejap pakai sekejap tak..hehe nasib muka tidak meragam. TAPI kali ini, ibu nak cuba untuk maintain pakai dan hopefully sesuai lah dengan kulit muka ibu.

BACA INI : Pengalaman Menggunakan Produk Bio Essence Tanaka White (Double Whitening)

Kesan Pemakaian Produk Safi Rania Gold

Baru 3 minggu pakai ni. Mula-mula pakai ada juga rasa gatal-gatal sedikit kat muka terutama bahagian pipi. Tapi tak ada la rasa teruk sangat. light-light je rasanya. Tak lama pun dalam 3-4 hari gitu. Lepas tu dah okay. Mungkin proses penyesuaian kot. Tetapi dari segi kelembapan memang ketara juga kesannya. Ibu berhenti pakai Bio Essence hampir sebulan baru ibu cuba Safi Rania Gold ini. So kulit muka ibu kembali menjadi kering bila berhenti pakai Bio Essence. Bila start pakai Safi Rania Gold ini, kulit muka ibu kembali lembap. I like!

Rangkaian produk Safi Rania Gold ini adalah produk untuk anti-penuaan. Ia sesuai untuk wanita yang berumur 30-an -hingga 40-an. Sesuai sangat lah. Ibu pun dah nak masuk 38 tahun dah…oppss dh tua dah..huhu. Lagi 2 tahun nak masuk 4 series. So, untuk nampak muda macam 20-an kenalah pakai produk anti-penuaan ini..hahaa :p Lagi satu yang penting, rangkaian produk Safi Rania Gold ini HALAL dan seiring dengan kehendak Syarak. Tidak mengandungi alkohol ataupun bahan berasaskan haiwan. Jadi, boleh guna tanpa was-was.

Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold

Seperti biasa, ibu akan beli satu set terus. Tapi ini pun masih belum lengkap sebenarnya. Ada lagi 2-3 produk yang ibu belum beli. Tak cukup budget..haha..ini pun mujur budget Abah Mifzal yang bagi…hehe.

Semua barang ini ibu beli di Watson (harga adalah selepas diskaun). Dapat lah kumpul point..hehe

1. Set Elegan (RM42.80)

  • Pembersih Wajah Lembapan Mendalam
  • Krim Pelembap Siang SPF25PA++
  • Percuma Skrub Wajah (60g)

2. Serum Konsentrasi Plus (RM29.50)

  • Percuma Pembersih Wajah (40g)

3. Esen Emas Keremajaan (RM25.80)
4. Penyegar (RM12.80)
5. Krim Kontur Mata (RM15.50)
6. Krim Pelembap Malam (RM21.80)
7. Krim Kecantikan (RM9.50)
8. Masker Keremajaan Wajah (PWP RM4.83)

Sekali beli, banyak juga habis. Tak apa lah, bagi ibu harga produk-produk Safi Rania Gold ini masih berpatutan dan mampu milik.

ibu ada mendapatkan info daripada pihak SAFI Malaysia mengenai cara-cara penggunakan set penjagaan wajah ini. So kalau nak betul-betul berkesan kena follow steps la kan.

cara guna produk safi rania gold
Cara Penggunaan Produk

Rutin penjagaan wajah ini hanya saranan yang melibatkan produk-produk Safi Rania Gold yang sudah ibu beli. Jika ada penambahan produk lain Safi Rania Gold. Mungkin rutin penjagaan ini akan berubah mengikut kesesuaian.

Okay selain itu, ibu nak share juga info produk-produk yang ada di dalam rangkaian set penjagaan wajah Safi Rania Gold ini untuk rujukan ibu dan pembaca blog IbuMifzal.Com

Rangkaian Produk Safi Rania Gold

Pembersih Wajah Lembapan Mendalam

Pembersih Wajah Lembapan Mendalam / Deep Mosturizing Facial Cleanser

Harga Runcit : 150ml / RM19.23

Membersih & Melembap Secara Mendalam

  • Membersih dan melembapkan kulit secara mendalam dan mengurangkan tanda penuaan.
  • Dirumus dengan pH seimbang untuk menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya.
  • VITAMIN C & KARNOSIN bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas.

Cara Pemakaian :

  • Gosok dengan air sehingga berbuih, urut lembut pada wajah dan bilas.

Krim Pelembap Siang SPF25PA++

Krim Pelembap Siang / Mosturizing Day Cream

Harga Runcit : 40g / RM25.77

Mencerah, Melindungi & Menganjalkan Kulit

  • Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB agar wajah tampil cerah berseri.
  • Melembap secara efektif agar kulit lebih lembut dan bermaya.
  • LIGHT DIFFUSING CRYSTAL mengurangkan tona kuning pada kulit dan menghalang kulit daripada kelihatan kusam dan lesu.

Cara Pemakaian :

  • Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang selepas Penyegar atau Losyen Minuman Wajah dan Serum SAFI RANIA GOLD.

Skrub Wajah

Harga Runcit : 75g / RM16.40Skrub Wajah / Face Scrub

Menyerlahkan Kulit Wajah Berseri

  • Mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori dengan manik-manik jojoba yang bertindak lembut pada kulit.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati.
  • VITAMIN C & KARNOSIN bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas.

Cara Pemakaian :

  • Sapukan pada muka dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Bilas sehingga bersih. Gunakan 2 – 3 kali seminggu.

Serum Konsentrasi  Plus 

Harga Runcit : 20ml / RM36.90Serum Kosentrasi Plus / Concentration Serum Plus

Kesan berganda dalam mengembalikan keremajaan dengan efektif

  • Formulasi DUO GOLD 24K, gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah.
  • Mengembalikan wajah yang licin dan halus. AMINO PEPTIDA IImeningkatkan keanjalan kulit wajah dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.

Cara Pemakaian :

  • Sapukan pada wajah dan leher, Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.

Pembersih Wajah

Harga Runcit : 100g / RM16.40Pembersih Wajah / Face Cream Cleanser

Membersih & Meremajakan Kulit

  • Membersihkan kotoran dan sisa mekap dengan berkesan.
  • Buihnya yang mewah berkrim membersih hingga ke liang pori.
  • VITAMIN C memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah, memperbaiki dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Cara Pemakaian :

  • Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.

Esen Emas Keremajaan

Harga Runcit : 100ml / RM32.50Esen Emas Keremajaan / Youthful Gold Essence

Mengunci lembapan serta-merta dengan kesan berganda

  • Formulasi DUO GOLD 24K, gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah.
  • Menjadikan wajah licin dan lembut serta menyediakan kulit anda untuk menyerap produk seterusnya.
  • BIO HIALURONIK meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan lembapan pada tahap optimum sehingga 24 jam.

Cara Pemakaian :

  • Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan selepas membersihkan muka/sebelum Serum dan Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.

Penyegar

Harga Runcit : 80ml / RM16.40Penyegar / Toner

Mengecilkan Pori Wajah

  • Menanggalkan sisa kotoran dengan lembut.
  • Bebas alkohol untuk memberikan kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit.
  • EKSTRAK LIKUORIS mengecilkan liang pori dan mengurangkan pembentukan melanin pada kulit.

Cara Pemakaian :

  • Tuangkan sedikit pada kapas. Sapukan dengan lembut. Gunakan selepas membersih wajah.

Krim Kontur Mata

Harga Runcit : 15g / RM19.23Krim Kontur Mata / Eye Contour Cream

Mencegah Penuaan Sekitar Mata

  • Mengatasi masalah kulit di sekitar mata.
  • Meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit di sekitar mata agar mata kelihatan lebih sihat dan bermaya.
  • OLIGOPEPTIDA menghindar lingkaran hitam dan mencerahkan kulit sekitar mata.

Cara Pemakaian :

  • Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di sekeliling mata dengan lembut. Gunakan sebelum Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD.

Krim Pelembap Malam

Harga Runcit : 40g / RM29.40Krim Pelembap Malam / Mosturizing Night Cream

Merawat Kulit Ketika Tidur

  • Meningkatkan penghasilan kolagen terutama ketika anda tidur.
  • Memulihkan kulit daripada garisan dan kedutan.
  • PHYTO-SLC memulihkan lapisan kulit paling dalam selain meningkatkan pembentukan sel-sel baharu pada waktu malam.

Cara Pemakaian :

  • Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu malam selepas Penyegar dan Serum SAFI RANIA GOLD.

Krim Kecantikan

Harga Runcit : 16g / RM11.78

Krim Kecantikan / Beauty Cream

Menyerlahkan Penampilan

  • Sesuai sebagai krim asas solekan yang menyamaratakan tona kulit dengan efektif.
  • Menjadikan wajah cerah dan mengekalkan keanjalan kulit wajah
  • VITAMIN C memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah, memperbaiki dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Cara Pemakaian :

  • Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik selepas Krim Pelembap Siang SPF25 PA++ SAFI RANIA GOLD. Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan serta asas solekan.

Masker Keremajaan Wajah

Harga Runcit : 22ml / RM6.90Masker Keremajaan Wajah / Youthful Radiance Face Mask

Mengunci Lembapan and Mengurangkan Garis-garis Halus

  • Membantu mengurangkan garis-garis halus selain mengatasi kulit kusam
  • Kulit wajah akan jadi lebih sihat bermaya, anjal dan berseri.
  • BIO HIALURONIK mampu mengunci lembapan wajah sehingga 24 jam.
  • VITAMIN B3 menyamaratakan dan mencerahkan kulit dengan memperlahankan pemindahan melanin.
  • Boleh digunakan sebelum mekap untuk menyerlahkan lagi kesegaran kulit.

Cara Pemakaian :

  • Bersihkan wajah. Kemudian, keluarkan masker.
  • Lekapkan masker tersebut lekap pada muka dan bawah dagu dengan rapi.
  • Rehatkan dan biarkan di muka selama 15 – 20 minit.
  • Tanggalkan masker dan urut baki pelembap sehingga meresap ke dalam kulit muka dan tidak perlu dibilas.

Booster dan Penyegar*

Harga Runcit : 75ml / RM32.80Semburan Booster & Penyegar / Booster & Toner Mist

Manfaat 2 dalam 1 semburan booster dan penyegar

  • Formulasi DUO GOLD 24K, gabungan BIO NANO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah.
  • Manfaat 2 dalam 1 bertindak sebagai booster yang meningkatkan kelembapan di samping menyegarkan kulit serta mengekalkan solekan & menyegar wajah.
  • Wajah tidak lesu malah kekal sihat berseri serta segar bermaya sepanjang masa..
  • VITAMIN B3 menyamaratakan dan mencerahkan kulit dengan memperlahankan pemindahan melanin.
  • MIKRO PEPTIDA mengurangkan kesan garis-garis halus serta kedutan kulit wajah.

5 Kelebihan :

  • Menyegarkan kulit dengan efektif.
  • Membantu mengurangkan kedutan & garisan halus. Terbukti secara klinikal untuk mengunci lembapan serta-serta sehingga 130%.
  • Terbukti secara saintifik untuk melegakan ketidakselesaan kulit sehingga 84%.
  • Guna bersama Serum untuk meningkatkan kelembapan.

Cara Pemakaian :

  • Gunakan Semburan Booster & Penyegar bersama Serum untuk lembapan berganda. Semburkan di wajah selepas bersolek atau ketika muka terasa kering. Boleh digunakan pada bila-bila masa. Goncang sebelum guna.

Pembersih Solekan*

Harga Runcit : 100ml / RM23.30Pembersih Solekan / Make up Remover

Membersih Solekan Dengan Sempurna

  • Berkesan menanggalkan solekan wajah seperti maskara, pembayang mata serta gincu.
  • Menjadikan kulit lebih bersih, anjal dan tona lebih sekata.
  • WHITENOL menghalang pembentukan melanin sambil menyamar dan mengurangkan jeragat untuk kulit lebih sekata dan cerah berseri.

Cara Pemakaian :

  • Pam pada tangan, ratakan pada muka dan sekitar mata. Kemudian Urut perlahan-lahan untuk menghilangkan solekan, maskara dan solekan lain. Bilas sehingga bersih.

Krim BB SPF37PA++*

Harga Runcit : 25g / RM38.82Krim BB / BB Cream

Krim 10 Dalam 1 Untuk Wajah Tampil Cerah & Sempurna

  • Mengandungi SPF37PA++ untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB.
  • Bertindak sebagai pelembap wajah dan asas solekan yang membantu menyamaratakan tona kulit wajah.
  • VITAMIN C memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah, memperbaiki dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Cara Pemakaian :

  • Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di pada wajah dan leher. Gunakan selepas menggunakan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD.

 106,115 jumlah dibaca,  6 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

32 Comments

  1. Sis, maaf. Saya baru beli pembersih wajah lembapan mendalam dan booster dan penyegar. Ok tak kalau saya hanya guna 2 bnda ni je utk kulit muka saya yg kering dan tona tak sekata? Tolong respon ye..

  2. Tips yang sgt bermanfaat! Saya pernah menggunakan produk safi Rania pada 4 tahun lepas dan beralih menggunakan produk bio essence Bird Nest sehingga kini. Memang tidak dinafikan produk kecantikan Safi Rania jg adalah antara yg terbaik, harga masih berpatutan, halal dan penggunaan tanpa was-was. Bagi saya, krim pelembap siang dan krim kecantikan adalah produk 5-star yg wajib buat pengguna Rania Gold. Saya beralih semula dlm penggunaan produk Safi sejak peningkatan harga yg mendadak pada tahun 2018 buat produk bio-essence. It’s all about choice, being rational, quality product range wth price value!

  3. Harga mampu milik juga ye Safi Rania ni.. kalau jenis kulit tak sensitif, tukar2 produk pun insyaAllah takde masalah. Kalau saya pulak, tak boleh sebarang2 tukar produk..hihi kena tengok yang sesuai sebab jenis mudah naik jerawat.. 😀

1 Trackback / Pingback

  1. Guna Skincare Hada Labo – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*