Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong

Cerita tahun lepas sebenarnya, tetapi disebabkan tahun lepas blog ibu banyak sawang dan ibu pun malas nak update blog (konon busy sangat lah..hehe), jadi entri untuk cerita ini tertangguh lama. Mujur ada lagi gambar-gambar yang ibu simpan walaupun banyak gambar yang ibu dah delete sebab nak kosongkan ruang simpanan dalam telefon ibu ini. Sebenarnya, ibu, abah dan Mifzal serta juga keluarga mentua ibu ada berkunjung ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ini pada bulan September 2016. Tarikh lebih tepat ibu dah lupa. Pergi atas ajakan keluarga mentua. Ibu pun baru tahu ada taman eko rimba di Ipoh rupanya. Mifzal apa lagi, bila diberitahu hendak pergi mandi manda, seronok bukan main..hehe.

berkelah di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, meru
Taman Eko Rimba Kledang Saiong

Taman Eko Rimba Kledang Saiong terletak di Meru, Daerah Kinta, Perak. Ia merupakan kawasan eko-pelancongan hutan rimba yang berkeluasan 2,188 hektar. Terletak 4.5 kilometer dari Persimpangan Plaza Tol Jelapang, Lebuh Raya Utara-Selatan dan 14.2 kilometer dari bandar raya Ipoh. Kalau dari Bidor, kami perlu menempuh perjalanan sejauh lebih 70 kilometer. Dek kerana keterujaan hendak mandi manda di sini, kami telah terlepas tol Ipoh Selatan untuk exit. Aduhai, terpaksa meneruskan perjalanan sehingga tol Kuala Kangsar dan berpatah balik semula. Mifzal sudah bising-bising marahkan abahnya kerana tersalah jalan…hehe.

spesis tanaman di taman eko rimba kledang saiong
Tanaman Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong

Waktu Operasi Taman Eko Rimba Kledang Saiong

Taman ini beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang dan dibuka secara percuma kepada pengunjung. Terdapat Taman Nepenthes (Periuk Kera) yang menjadi tarikan utama bagi pengunjung ke sini. Yuran dikenakan untuk masuk ke taman periuk kera ini. RM5.00 untuk orang awam dan RM2.00 untuk pelajar.  Aktiviti pemuliharaan dan penjagaan spesis periuk kera dilakukan di taman ini bagi menjamin kewujudan spesis periuk kera pada masa akan datang. Terdapat lebih kurang 74 spesis periuk kera yang ada di taman rimba tersebut. Para pengunjung taman boleh melihat sendiri secara dekat spesis periuk kera yang ada di taman tersebut. Walaubagaimana pun, semasa kami berkunjung ke sini, taman periuk kera ini belum dibuka. Dapat bergambar dengan replika periuk kera gergasi pun jadi lah..

taman periuk kera di Taman Eko Rimba Kledang Saiong
Periuk Kera Gergasi

BACA INI : Berkelah & Mandi-Manda Di Kuala Woh, Tapah

Selain itu, pelbagai kemudahan asas seperti kawasan letak kereta, tandas, kafeteria serta papan informasi disediakan untuk kesenangan pengunjung. Para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti bekhemah di taman tersebut dan harus mendapat kebenaran daripada Pejabat Hutan Daerah. Ia sememangnya akan menjadi satu pilihan tempat perkhemahan yang menarik di sini. Yang paling menarik bagi ibu adalah keaslian dan suasana rimba yang nyaman di sini dengan pelbagai spesis tumbuhan yang jarang ibu lihat. Anak sungai yang sesuai untuk dijadikan tempat mandi-manda melengkapkan lagi perkelahan di taman rimba ini.

tumbuhan di taman eko rimba kledang saiong
Tumbuhan Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong

Sekitar jam 3.00 petang kami sampai ke taman ini. Mifzal sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bermandi manda. Sepupu-sepupunya yang datang lebih awal memeriahkan lagi suasana perkelahan kami.

taman eko rimba kledang saiong meru ipoh
Mandi Manda ‘Time’

Seronok Bermandi-manda

Belum sempat makan-makan dah terjun masuk dalam sungai. Punyalah mereka ini semua seronok. Ibu tak ikut sekali, hanya jadi penonton sahaja. Segan pula rasanya..hehe lagi pula baju salin pun ibu tak bawa. Hanya bawa baju salin untuk Mifzal dan Abah Mifzal sahaja. Mereka berdua memang tak pernah lepaskan peluang untuk berendam. Hehe..

mandi manda di anak sungai di Taman Eko Rimba Kledang Saiong
Mandi Sungai

Hampir 4 jam juga di sini. Hujan dah renyai-renyai tetapi Mifzal belum puas mandi-manda. Jenuh pujuk baru lah naik. Hari pun dh hampir gelap. Janji dengannya akan datang lagi ke sini, Insya Allah.

berenang di taman eko rimba kledang saiong
Skill Terapung 😀

Jam 6.30 petang, kami berkemas untuk pulang. Sebelum pulang ke Bidor, sempat kami makan pulut mangga beramai-ramai di Restoran Singgah Yop!!!

 5,842 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

12 Comments

    • kan..seronok mandi manda..anak lah yang lebih seronoknya…tiket tu utk taman periuk kera je..memang murah..bukan senang nak tgk periuk kera skang..kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*