Seperti yang ibu ceritakan di dalam entry Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014, hari raya ibu tahun ini di sambut dengan pelbagai rasa. Ada gembira dan ada duka. Kegembiraan pulang berhari raya tahun ini diiringi dengan musibah. Kejadian yang tidak disangka-sangka. Malang tidak berbau, kami sekeluarga terlibat di dalam kemalangan ketika pulang ke kampung. Tidak jauh dari kampung halaman, kereta ibu dilanggar oleh sebuah motosikal dari arah bertentangan di Jeli, Kelantan. Terkesima kami.
Ketika kejadian, lebih kurang jam 5.45 petang, ibu sedang memandu perlahan menghala ke Tanah Merah, Kelantan. Jalan sesak di laluan kami kerana banyak kereta. Ramai yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Kelajuan sekadar 10 – 20km/sejam. Ketika memandu, ibu sudah perasan ada banyak motosikal di laluan bertentangan sedang cuba memotong sebuah lori dari arah kiri lori.
Rempuhan Malang Tidak Berbau
Entah bagaimana, salah sebuah motosikal tersebut terbabas ketika cuba memotong lori tersebut dan masuk ke laluan kami dan merempuh kereta ibu. Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, ibu hanya sempat membrek sahaja. Tidak sempat untuk mengelak. Rempuhan kuat kerana penunggang motosikal tersebut tidak langsung membrek. Mungkin kerana panik dan beliau sudah tidak dapat mengawal motosikalnya. Budak yang menunggang motosikal tersebut jatuh di atas cermin kereta dan terpelanting ke belakang. Mujurlah kereta-kereta di laluan kami dalam kelajuan yang perlahan. Kalau laju, tidak dapat ibu bayangkan apa yang akan terjadi pada penunggang motosikal tersebut.
Walaupun terasa sangat ralat kerana sikap orang lain yang tidak berhati-hati di jalan raya dan kami yang menjadi mangsa, namun ibu tetap bersyukur, kerana tiada kecederaan yang dialami oleh ibu sekeluarga dan juga penunggang motosikal itu. Macam-macam di fikiran ketika itu. Tidak tahu apa tindakan yang patut diambil. Mujur ada yang membantu dan memaklumkan kepada ibu apa yang perlu ibu lakukan.
Hari itu, kami sekeluarga berbuka puasa di Balai Polis Trafik Jeli. Sekadar minum air. Lama juga menunggu untuk membuat report polis. Ramai rupanya yang senasib dengan ibu 🙁
1,632 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Alhamdulillah, untuk harta bisa dicari tapi nyawa tidak ada gantinya.
Syukur semua selamat. Salam kenal ibu Mifzal 🙂
Memang orang Kelantan especially yang naik motor, bukan di Tanah Merah je malah dalam bandar Kota Bharu, dorang suka bawak motor bertentang arus. Ajaran siapa saya tak tahulah, tapi memang ramai rider biol macam tu
Teruk jugak tu. Radiator pecah la tu kan ibu. Fuh. Time2 raya nak guna kereta, kereta pulak kena macam tu. Memang mati akal la jawabnya.
ha ah..radiator pecah..mmg mati akal gak..bila kereta tak de time raya..tp mujur leh guna kereta adik..so x de la raya terperuk kat umah je..huhu
Memang gerun juga tengok kemalangan macam ni…macam mana tuan motor tu?
tuan motor tu x de apa2..cuma calar balar je..