Makan Di Pizza Hut Lagi
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Hehe..jangan boring ya. Asyik-asyik makan pizza hut je. Sebenarnya, memang pizza adalah makanan segera kegemaran ibu dan Mifzal Arsyad. Abah Mifzal tak ada la minat makan pizza ni sangat tetapi sebab anak bini dah suka, Abah Mifzal layankan sahaja. Thanks Abah sebab belanja kami lagi dan lagi dan lagi..hehe
Kali ini pertama kali makan pizza hut di Gunung Rapat, Ipoh. Tak ramai sangat pelanggan di sana ketika kami masuk. Tetapi satu la yang ibu tak berapa best makan kat situ, service nya yang lambat walaupun tidak ramai pelanggan. Lama juga menunggu untuk diambil order. 2 – 3 orang pekerja yang kami maklumkan nak order tetapi kurang dilayan. Abah Mifzal dah menggeleng kepala dah. Ibu tahu, Abah Mifzal dah tak senang hati tetapi sebab nafsu nak makan pizza ibu itu lagi kuat, jadi ibu pejamkan mata sahaja lah.
Mifzal Arsyad seperti biasa, bukan boleh duduk diam sekejap. Ada benda sahaja yang diusiknya. Sekejap sudu jatuh, sekejap garpu pula jatuh..Aduhai…mujur lah pinggan dan gelas tak jatuh. Nanti tak pasal-pasal pula kena ganti. Kalau boleh dia nak berlari-lari dalam pizza hut itu..huhu. Dapat makan ice cream baru lah duduk diam sedikit.
Pilihan menu kami seperi biasa. Satu set pizza (regular pizza + mushroom soup + garlic bread + soft drink) untuk 2 dewasa makan dan satu set untuk kanak-kanak (spaghetti set). Mifzal Arsyad sangat suka makan spaghetti dan ice cream. Menu yang ini tak boleh kongsi dengan ibu atau abah. Boboy seorang sahaja yang punya. Katanya “nanti habislah makanan boboy”.
Puas dapat makan pizza walaupun kurang puas hati dengan layanan yang diberi. Lain kali makan kat tempat lain lah pula 😉
Seronok sakan mifzal tu yer..dah lama tak pekena pizza nih..hehe
Jom baca entri di blog Hafizul : Top Komentator Mac 2013 Pondok Kecil
saya suka makan yang percuma sahaja haha
Jom baca entri di blog onlajer : Buat Duit Dengan Blog
best dapat makan pizza…saya biasa order dilevery jek…
Jom baca entri di blog hafiz : Trip ke Johor Premium Outlet
wahh..rajinnya makan piza hari-hari..
Jom baca entri di blog titan : Komisen ke 25 dari Jobdirumah
pizzza oh pizza…..tapi servis dia yg aku tak suka sll lambat….:(
Jom baca entri di blog Obses Blog : Obses dengan Blog Baru nak Mula
kitorang pun makan pizza gak semalam sempena sambut birthday bard…tapi bukan pizza hut la…pizza pak arab..
Jom baca entri di blog Mama I.A : [TIPS] Yogurt Mask Untuk Kulit Licin
hmmm bab menunggu lama tu yg maleh tu sebab anak-anak biasanya yg tak boleh sabar menunggu ;). Apapun enjoy pizza hut
sedapnyer pizza!!
Jom baca entri di blog Sara : Download Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2
2 hari lepas baru makan Pizza…makan pizza kadang2x tak selalu..dalam 2 kali setaun…pizza punya menu tak banyakk,..service pun lambat…
Jom baca entri di blog Bahrain : SPENCER WEST LELAKI TIDAK BERKAKI YANG TABAH
Dari segi rasa,pizzahut memang ok
Jom baca entri di blog Oneblogsocial.com : Balck Hat Seo Dan White Hat Seo