Lega Dapat Mohon KPSL


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Awal bulan Oktober lepas, ibu ada membaca email dr pihak pengurusan dari Cawangan Latihan mengenai tawaran mengambil peperiksaan KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) bagi skim perkhidmatan jawatan ibu sekarang ni. Yang menyedihkan ibu ketika itu, syarat untuk mengambil peperiksaan itu adalah memerlukan pengalaman bekerja selama 15 tahun. Tepuk dahi ibu. Lamanya, ibu mana cukup tahun lagi…baru masuk tahun ke 7. Ketika itu, ramai pegawai dan kakitangan yang merungut kerana rata-rata masih baru berkhidmat.

mohon kpsl

Ibu pun pelik dengan syarat yang dikemukana, sedangkan jabatan lain hanya memerlukan syarat pengesahan dalam perkhidmatan je dah boleh ambil KPSL ini. Ibu, walaupun ketika ini, sudah menyambung pelajaran. Tetapi peluang untuk naik pangkat dengan lebih cepat, tak mahu ibu lepaskan. Ini juga salah satu usaha kan.

Mujur lah rintihan kami didengari oleh Pihak Pengurusan. Akhirnya, syarat pengalaman berkhidmat itu dimansuhkan. Kononnya, tak jadi pakai sukatan peperiksaan yang baru. Masih menggunakan sukatan lama. Sekarang ini, mana pegawai dan kakitangan yang sudah disahkab jawatan di dalam skim perkhidmatan ini, boleh memohon mengambil peperiksaan KPSL ini.

Alhamdulillah, lega. Cepat-cepat ibu isi borang. Sama ada lulus atau kandas peperiksaan ini adalah lain cerita. Yang penting ialah mencuba kan!

Insya Allah, kalau tak ada aral, peperiksaan ini akan diadakan pada 19 Disember nanti. Mujur lah, masa itu, ibu dah habis final exam dan belum masuk semester baru lagi. Ada lah masa untuk mengulang kaji 😀

ps : minggu ni dah mula final exam semester ni. Mood baca buku tak datang lagi…huhu

Posted from My Samsung Galaxy Note

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. Hafizul berkata:

    emm tiada apa yang mmapu diucapkan kecuali ayat keramat seribu tahun..hehe..gud luck..
    Jom baca entri di blog Hafizul : Kalau Dah Rezeki Tak Kan KemanaMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge