Ya! Saat ini, ketika mood blogging ini datang, ibu terasa seperti mengingini sangat-sangat sebuah laptop a.k.a komputer riba. Dalam rumah ini bukan tak ada laptop. Ada saja. Laptop lama yang ibu sedang gunakan ini adalah kepunyaan bapa mentua. Laptop ini dipinjam setelah koleksi laptop yang ada sudah rosak kesemuanya. Percayalah, kelima-lima buah laptop kepunyaan kami itu rosak dek panahan petir. Huhu. Okay, bukan setakat laptop ya, tetapi desktop ibu pun dah rosak. Sampai sekarang masih belum hantar baiki sebab dah malas, Asyik rosak sahaja!
Kiranya, nak kena masukkan lah keinginan untuk membeli laptop ini dalam wishlist tahun 2012 ini. Adakah akan tercapai? Oh!, kira duit dalam tabung syiling dulu. Hehe.
Laptop a.k.a Komputer Riba
Sebenarnya, laptop ini, ibu sangat perlukan bukan setakat untuk kegunaan blogging sahaja. Tetapi sebagai student, kemudahan ini sangat-sangat diperlukan. Tak kan nak buat assignment saja asyik nak guna PC kat pejabat pula. Eh! Salah tu! Itu menyalahgunakan harta pejabatkan. Walaubagaimana pun, ibu study ini pun untuk kerjaya ibu juga. Hehe. Laptop yang ada ini sebenarnya juga telah diconquer sepenuhnya oleh dua hero ibu. Ibu cuma boleh guna setelah mereka berdua tidak menggunakannya. Hmmm, tetapi boleh dibilang dengan jari berapa jam saja yang depa ini tak menggunakan laptop.
Itu lah, benda ini kan, bila dah tak ada baru terasa penting, Masa laptop ada banyak, tidak dijaga dengan elok pula, tepuk dahi. Bila dah rosak, mula lah pening!!
Tak mengapalah, duit boleh dicarikan. Kalu kumpul RM1.00 sehari, agak-agak bila cukup ya untuk beli laptop nanti. Hehe. Tak ada pula yang nak sponsor ya. 😀
1,026 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
banyaknya laptop,, sayang tuh kena panah petir plak.
itu la..nyesal kemudian mmg x berguna dah..sbb masalah wiring line tepon..kalau guna cable mmg terkena..kalau pakai wireless elok plak x kena..x pe la..lain kali kalu ada rezeki beli laptops lagi mmg kena lebih berhati2.
ada duit lebih, beli yag mahal sket..
itu la..duk target allienware lak..hehe..tp x tau bila la dpt beli..
tapi better jangan beli acer…
memang murah…
tapi menyakitkan hati..
🙁
Ramai yg kata acer skang x ok..kalu yg lama ok..cam laptop fil yg guna skang ni acer n okay sampai skang..sy pernah beli acer netbook..pun ok n skang dh kasi kt adik..ntahlah..kdg ikut nasib gak kan..
Assalam…pc kita pun ntah berapa x masuk klinik. Laptop ok lg walau nazak jg. Skg bergantong pd tablet ni utk backup tp tak sama mcm guna pc. Anak2 skg pandai berintenet, takde chance mak bapak nk guna. Terpaksa ikut giliran…….kan?
Waalaikumussalam..itu lah, budak2 sgt pandai..semua tahu guna brg2 teknologi..tablet pun kdg2 x puas tgk..kira nak jgk guna pc atau laptop kan..