Kumpul Duit Sambil Membeli-Belah Di ShopBack

Ya Ampun!! Lamanya tak menulis di blog kesayangan ini. IbuMifzal.Com kesunyian kebelakangan ini, dek kemalasan yang melanda Ibu. Haha! Serius malasnya nak buka blog. Mood berblogging sudah ke laut lepas. Walaupun ibu ada bercuti rehat sakit hampir dua  minggu baru-baru ini, blog ini tetap ibu tidak jengah. Cuma pagi ini, sambil-sambil menyiapkan kerja-kerja rumah, ibu terfikir untuk mengemas-kini blog IbuMifzal.Com dengan entri baru. Ini pun jenuh nak fikir nak share fasal apa? Okay kali ini, ibu nak kongsikan mengenai ShopBack.

dapat duit dengan shopback
Buat Duit Dengan Membeli-Belah

Mesti kawan-kawan dah tahu fasal ShopBack kan? Ibu pun dah tahu lama, sebab ada juga baca entri kawan-kawan blogger yang share mengenai Shopback ini. Tapi, cuma baru-baru ini sahaja ibu berminat untuk mencubanya. Al-maklumlah, baru juga berjinak-jinak membeli-belah di Shopee dan Lazada. Haha! Ketinggalan zaman betul ibu ini. Rupanya, guna ShopBack untuk berbelanja di Shopee, Lazada, Zalora, Agoda dan macam-macam lagi laman shopping online ini, boleh mengumpul duit juga. Alahai, rugi ibu sebab lambat tahu tentang ini. Kalau tidak, mesti sudah banyak kali dapat withdraw duit yang terkumpul.

Membeli-Belah

Apa yang buat ibu ingin mencuba menggunakan ShopBack untuk membeli barang-barang yang terkenan di hati di Shopee dan Lazada ini disebabkan oleh pengaruh adik ibu. Beliau lagi advanced dari ibu. Hehe.

dapat duit dengan beli belah
Interface

Dengan menggunakan aplikasi Shopback, kita sebagai pembeli akan mendapat pulangan dalam bentuk wang tunai. Wang tersebut akan dapat kita tunaikan setelah cukup tempoh yang ditetapkan oleh pihak partner store Shopback. Contohnya seperti Lazada, cashback dapat ditunaikan setelah 120 hari manakala Shopee pula menawarkan reedemable cashback di dalam masa 75 hari. Kesemua pembelian harus dibuat menggunakan aplikasi ShopBack agar pulangan wang dapat dikesan oleh pihak ShopBack dalam masa 2 hari. Kalau tidak rugi saja. Sapa nak bagi kan penjimatan sebegitu? 😀

Setakat ini, ibu hanya membeli-belah di Lazada dan Shopee sahaja menggunakan ShopBack. Lazada menawarkan cashback sehingga 10 peratus manakala Shopee pula menawarkan cashback sebanyak 1 peratus untuk pengguna sedia ada dan 6 peratus untuk penguna baru. Menarikkan? Banyak lagi partner store yang menawarkan pelbagai nilai cashback. Jadi, sangat rugi kita tidak menggunakannya, jika boleh menjana duit dengannya kan?

daftar shopback dapat duit
Dapat Duit Sambil Membeli-Belah

Survey Wall ShopBack

Selain daripada membeli-belah, kita juga boleh mendapat wang dengan menjawab survey di Survey Wall. Ganjaran sehingga RM4.00 diberikan kepada yang berjaya menghabiskan survey. Setakat ini, yang paling banyak ibu terima adalah bayaran sebanyak RM2.75. Yang menariknya lagi. Ganjaran daripada Survey Wall ini lebih cepat dapat ditunaikan. Hanya dalam masa seminggu. Kadang-kadang ada juga dapat lebih awal.

jawab survey dapat duit
Survey Wall

Pengeluaran wang boleh dibuat setelah available balance mencecah RM10.00.

Jom Daftar!

Pada yang belum ada akaun ShopBack, jom daftar TEKAN SINI

Jangan lupa perlu log masuk melalui aplikasi ShopBack terlebih dahulu sebelum online shopping. Tak rugi pun guna aplikasi ini malah dapat duit lagi. Kalau tak membeli belah pun boleh jawab survey kan.

 1,899 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*