Throwback : Duka Di Tahun 2020

Lama ibu membiarkan blog ini sunyi. Sudah berberbulan tidak mencoretkan cerita di laman kesayangan ini. Sebenarnya, agak sukar untuk memulakan bicara. Terasa, lemah dan longlai jari ibu mahu menaip cerita duka di tahun 2020.Tetapi, ibu ingin kongsikan jua kisah ibu di sini buat tatapan ibu di masa hadapan, walaupun agak terlambat.

Duka
Al-Fatihah

Tahun 2020 sungguh mencabar. Bukan sahaja buat ibu dan keluarga tetapi juga semua insan di dunia ini. Seperti yang kita ketahui, kita dan dunia masih lagi beperang dengan pandemik Covid 19 yang tidak tahu bila akan hilang. Mungkin juga setahun dua lagi. KIta juga sudah mula membiasakan diri dengan norma baharu kehidupan yang sebelum ini mungkin kita hanya pandang enteng.

Kisah Duka

Kisah duka keluarga ibu bermula di pengakhiran tahun 2019. Kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian mak mertua ibu pada 14 Disember 2020. Walaupun, kami tahu akan kesakitan yang dihidapi oleh mak, tetapi, serasa belum bersedia untuk menghadapi dugaan ini. Ibu mertua ibu, didiagnosa dengan penyakit kanser peritoneal selama lebih setahun. Kanser yang agak jarang didengar. Setahun menerima rawatan, akhirnya ibu mertua meninggalkan kami semua. Kami perlu redha, walaupun ia merupakan tamparan yang cukap besar buat Abah Mifzal. Insya Allah, pengakhiran yang baik buat ibu mertua. Ibu sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu mertua yang sangat baik.

Kisah duka bagai bersambung apa bila, di awal bulan Mac 2020, mak kesayangan ibu pula pergi meninggalkan kami. Tanggal 3 Mac 2020 akan kekal di ingatan ibu sebagai tarikh hilangnya mak tersayang. Dugaan betul tahun 2020. Mek ibu adalah pesakit kencing manis yang kronik. Sebelum ini pun bukan kali pertama mek warded di hospital. Cuma kali ini agak parah akibat luka di kakinya dan kuman merebah dengan cepat sehingga menyebabkan kegagalan fungsi organ-organ yang lain. Itu sudah jadi asbabnya.

Kami perlu redha dengan kehilangan yang bertimpa. Walaupun berat untuk dihadapi. Hari esok pasti perlu ditempuhi. Semoga roh arwah Mek dan Mak ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang solehah. Al-Fatihah.

 1,852 jumlah dibaca,  6 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*