Selepas 5 bulan, Ibu berkira-kira mahu menukar vitamin C jenama Blackmores yang ibu makan kepada jenama lain. Kebetulan stok vitamin C ibu pun sudah nak habis. Kali ini bukan kerana product Blackmores tidak bagus, tetapi ibu tidak mahu lagi consume vitamin C jenis yang tablet. Tak larat pula nak menelan berbiji-biji vitamin setiap hari. Kerana, selain vitamin C, ibu juga mengamalkan supplements lain seperti lecithin, fish oil dan juga folic acid. Google-google dan baca review di internet, ibu agak berminat dengan produk Flavettes Effervescent Glow. Ramai yang review, kulit sihat dengan Flavettes Effervescent Glow.
Jadi sebelum kehabisan bekalan vitamin C, ibu membeli Flavettes Effervescent Glow di Shopee. Sudah mencari di Guardians tetapi tiada stock selain harga lebih mahal berbanding di Shopee. Membeli belah di Shopee memang menjimatkan. Selepas membuat pesanan, hari keesokkannya, vitamin ini sudah sampai ke tangan ibu.
Kenapa ibu memilih untuk mengamalkan Flavettes Effervescent Glow ini? Pertama sekali, produk ini adalah produk 3 dalam 1. Hehe macam instant coffee pula ya!. Selain vitamin C, produk ini juga mengandungi vitamin E dan juga glutathione. Jadi, tak perlulah ibu makan banyak-banyak vitamin semata-mata untuk dapatkan kulit yang sihat. Satu produk sudah mencukupi.
Kelebihan Flavettes Effervescent Glow Untuk Kulit Sihat dan Cantik
Produk viral ini mengandungi 1000mg vitamin C, 15iu vitamin E dan 50mg glutathione. Fungsi utama adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan secara tidak langsung dapat mencegah demam dan selsema. Namun, dengan gabungan vitamin E dan glutathione ini dapat menambahkan lagi fungsinya dengan menjadikan produk ini bagus dalam mensasarkan pemulihan pada sel-sel kulit terutamanya bagi mereka yang mengidamkan wajah yang cerah berseri.
Selain itu, daripada pembacaan ibu, kelebihan Flavettes Effervescent Glow berbanding produk yang sama di pasaran adalah kerana kandungan glutathione yang merupakan bahan aktif untuk menjadikan kulit tampak glowing. Dengan harga yang berpatutan, produk ini menjadi pilihan utama untuk diamalkan.
Produk ini berbentuk tablet larut air dan berperisa oren yang memudahkan ibu untuk meminumnya. Satu biji tablet dilarutkan di dalam 250 ml atau segelas air dan diminum selepas mengambil makanan berat. Jangan ambil dengan perut kosong, bimbang selera pula yang bertambah nanti. Haha. Untuk kesan pengambilan vitamin ini, belum dapat ibu kongsikan kerana ibu baru sahaja mengamalkannya. Nanti ibu akan kongsikan lagi kesan kulit sihat dengan Flavettes Effervescent Glow di dalam entri yang akan datang. 😀
34,680 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Hai nak tanya ibu myusu kn baby 4 bulan bole minum ni ke
Flavettes glow ni terbukti mencerahkan kulit tak?
saya baru lepas melahirkan baby,tapi czer blh ke amal kan vit ni utk smbuhkn luka?
Ibu brpantang dan menyusukan badan Bley minum ke??
x sure pula yang ini.
Hi puan, nak tanya boleh ke larutkan dalam air sejuk?
boleh..saya mmg larutkan dlm air sejuk.
Maaf yee bertanya , aspartam iyelaa gula tiruan . Tidak sesuai untuk gejala pku . Kawan saya mengalami kekejangan tiap kali demam dari baby smpai umur 6 tahun . Kekejangan tersenarai dalam gejala pku . Jadi adakah ini sesuai untuk dia ?? Dia baru mengamalkan satu tablet bila dapat tahu dia berhenti .
better consult dengan doktor dulu..
hahahahaha Okay bu thankyou ?
Tak ibu , kalau dalam 1 hari mnum air putih brapa liter? . 8 gelas sehari ke bu?
ooo.. sorry silap faham ?. air mcm biasa sekurang2nya 8 gelas sehari. ibu biasa minum x kurang dari 2 litter sehari
ooooo Klau 1 hri brapa gelas ibu?
satu hati 1 tablet dilarut dlm 300ml air. lbh kurang 1 gelas la. tp kdg2 ibu lbhkan air. buh dlm 500 ml air.. kurang la sket rs manisnya. hehe
assalamualaikum ibu , flavettes ni bole mngemukkan badan ke ? Atau bole ke makan flavettes ni sblm makan ? Ada pantang apa2 ke dan brapa gelas air nak mnum 1 hari?
pengalaman ibu, makan flavettes ni menaikkan selera makan. bila tak leh kawal selera makan, natijahnya boleh menggemukkan badan.
assalamualaikum puan.. mknanya puan dh stop mnum flavettes ni la ya.. sya baru cuba dh mcmtu takot plak rasanya nk trus kn.. ingtkn elok.. huhuuu
wassalam. ya dah stop. sy x ckp product ni x elok. okay sbb kulit mmg ada kesan nmpk sihat… cuma risau sbb lepas minum ni.. selera jadi x leh control.. huhu
Haii, ibu… Sepanjang ibu consumed flavette ni, ada rasa x negative side effects (disbbkan terkandung aspartame) ? Saya pon terbeli 2 botol terus ? nak buang sayang la pulak…
okay.. ni pengalamana saya. mgkin x sama dgn org lain. negative effect x de cuma selera makan tu macam meningkat. sblm consumed ni. saya mmg cut gula. so bila dh minum ni. mcm craving benda manis2 plak. huhu
falvettes glow ni kena makan setiap hari ke macam mana
ya.. kena makan setiap hari. sebiji sehari. larut dalam air. rs okay dan sedap
ya.. okay utk org biasa2
hai ibu.. flavettes ni ade kesan sampingan tak kalau kita stop ambik?
hi.. clinically sy x sure.. tp pengalaman saya. bila makan vitamin ni.. meningkatkan selera makan. lagi pun dh di declared ada aspartame. sejenis gula tiruan. sy dh stop consumed. tp selera makan tetap x kurang hehe. sy pun x sure sbb consumed ini sblm ni ke atau mmg sy suka makan.. hehe.
Hye sis. Saya baru consume mkn vit ni. Hm tp x tahu ada gula tiruan. Btw, apa side effect gula tiruan ya ? Apa maksud hula tiruan tu ya ?
vitamin c menang penting untuk kulit dan antibodi badan kan ainey, anak2 memang makan viatmin c ni
Kalau demam atau selsema, saya pasti akan consume vitamin C untuk pastikan lebih cepat sembuh. Maklumlah bila dah ada anak-anak, risau pula kalau-kalau berjangkit.