Baru-baru ini, kami sekeluarga membuat keputusan untuk memelihara kucing. Sebenarnya, ibu bukanlah seorang pengemar kucing. Tidak seperti Abah Mifzal yang memang sangat sukakan kucing. Tetapi dengan kehadiran 3 ekor anak kucing ini, memikat hati ibu. Comel anak-anak bulus ini. Kucing peliharaan kami ini di beri nama Rosie, Ronie dan Robie. Macam panjang nak sebut jadi ibu just pendekkan kepada Osie, Onie dan Obie. Nama asal diberi oleh Mifzal. Rosie dan Ronie, kucing betina. Robie pula, si jantan.
Asalnya, mak kepada 3 ekor anak kucing ini, datang bertandang ke rumah ibu. Mungkin dibuang tuan asalnya. Ibu panggil si mak kucing dengan nama Mimi. Mula-mula tak tahu yang si Mimi ini bunting. Kesian asyik mengiau, kami bagi makan, rupa-rupanya si Mimi ini mencari port untuk bersalin sekali. Mimi ini rasanya bukan kucing jalanan sebab gayanya sangat-sangat manja.
3 Ekor Kucing Peliharaan
Mula-mula tak mahu pelihara, tapi bila dah besar sedikit 3 ekor anak kucing ini, alahai comel pula sebab bulunya agak tebal. Dan, debak-debak juga. Warna si mak kucing memang hitam legam kecuali matanya yang kuning. Obie, ikut sebiji macam maknya cuma matanya sahaja berbeza warna kelabu. Gambar si Obie ini susah sangat hendak diambil.
Osie, anak kucing yang lincah dan ligat. Tatkala si Onie dan Obie tidur, si Osie ini asyik main dan terlompat. Sangat menghibur hati kami. Baru riuh sedikit rumah dengan gelagat si Osie.
Telatah Menghiburkan
Onie juga ligat tapi tak seligat Osie. Dan, penakut sedikit. Selalu bergaduh dengan Osie. Obie lebih dahulu pandai makan berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Ibu tak pasti, si bapanya yang mana, ada dua ekor jantan yang selalu merayau area rumah kami. Tapi Osie dan Onie ibu agak genetik ikut bapa dan Obie pula ikut genetik mak. Osie dan Onie masih belum pandai makan makanan kering. Tapi Obie pula lebih advanced. Bila ibu bagi makan si Mimi, Obie pun ikut makan sama. Gaya Obie lebih kepada kucing kampung seperti maknya.
Bila ada kucing peliharaan ini, banyak benda juga nak kena sediakan. Ibu pun kena jadi lebih rajin. Ibu satu cabaran sebab ibu ini malas. Hehe. Tetapi malas pun tetap kena jadi rajin juga lah kalau tidak satu rumah berbau pula. Huhu.
Ibu cari juga info mengenai keperluan yang perlu untuk kucing peliharaan di dalam rumah. Osie dan Onie, lebih banyak spend masa di dalam rumah berbanding si Obie. Obie bila dapat keluar rumah, terus tak mahu masuk rumah dah. Lebih suka berteduh di bawah kereta. Tak mengapalah. Ia selesa begitu barangkali.
8 Keperluan Memelihara Kucing Di Dalam Rumah
Makanan kucing
- Ibu setakat ini hanya menyediakan makanan kering untuk si mak kucing. Tak pentingkan jenama pun sebab beli ikut kemampuan sahaja tetapi baru-baru ini ada beli jenama Tesco yang berwarna-warni. Ada dengan orang cakap brand ini tidak bagus? Betul ke?
Bekas makanan dan minuman
- Tak ada bekas khusus pun, Guna mangkuk dan pinggan lama yang dah tak digunakan. Haha, jimat. Tapi ingat nak beli juga untuk mereka. Alah, beli dekat kedai Eco sahaja nanti. Hehe.
Sangkar
- Ibu belum sediakan sangkar untuk kucing-kucing ini. Perlu ke? Tapi masuk juga dalam senarai barangan si kucing. Dah survey harga juga. Cuma tengan fikir perlu atau tidak sahaja. Belum ada keputusan lagi hehe.
Litter Box dan Litter Sand
- Dah disediakan. Ibu sediakan bekas tupperware Eco bersaiz sederhana dan pasir pun beli di Tesco dan Eco juga. Sediakan untuk 3 anak bulus tetapi yang geramnya, si maknya pula gedik membuang di dalam bekas tu. Amboi! Tetiba pula tak pandai membuang dekat luar. Banyak lah gedik hang ini Mimi!! Ibu bebel juga pada si Mimi. Entah faham ke tidak hehe.
Scoop
- Ini pun beli di kedai Eco juga. Tak sangka Eco pun ada jual barang keperluan untuk si comel kucing ya. Senang nak scoop buang sisa tinja bulus 3 ekor ini.
Scratching Post
- Aduhai, yang ini kena duduk dalam senarai utama. Sekarang ini, sofa ibu lah yang jadi masa. Bukan takat Mimi, 3 ekor O tu pun dah pandai cakar-cakar sofa.
Alat Permainan
- Belum beli lagi. Mereka bermain bertiga sahaja. Gaduh-gaduh, gigit-gigit dan kejar-kejar. Tak payah alat permainan kot. Hehe.
Pet Carrier
- Rasanya belum diperlukan lagi. Setakat ini, belum lagi bercadang hendak membawa 3 bulus ini ke mana-mana.
Adanya 3 ekor anak kucing peliharaan ini, Mifzal lebih happy. Maklumlah, sebelum ini dia tak ada kawan bermain di rumah. Moga berkurang rasa sunyi anak ibu seorang ini.
2,324 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Memang comel sangat anak-anak bulus ni, geram tengok. Anak-anak aju pun selalu request nak beli kucing tapi memikirkan nak uruskan nanti maknya juga tu yang tertangguh lagi
sedih jugalah bila kehinggan kucing…teringat dengan kucing dah tiada..serupa dengan kucing yang bernama onie tu..
Comelnya anak kucing tu.. Bertenggek macam tu 🙂
Wah comelnya anak kucing! Di rumah saya pun ada anak kucing yang baru lahir; lahir pula timing hampir dengan anak saya lahir, boleh jadi adik beradik lah hihi