Koleksi Buku & Minat Membaca

Ho..hoo..hooo…lamanya ibu tak update blog. Hampir 3 bulan. Mana menyepi? Sebenarnya tidak ke mana-mana pun. Cuma mood berblog hilang entah ke mana. Ini baru jumpa sikit :p . Sibuk pun ya juga. Sibuk dengan keluarga, kerja dan pelajaran. Rancang kononnya lepas habis final exam semester lepas, nak sambung balik berblogging tapi dek kerana malas, ibu biarkan sahaja blog ini bersawang. Okaylah, entri ini ibu seronok nak berkongsi antara koleksi buku yang baru ibu dan Abah Mifzal beli minggu lepas.

koleksi buku ibu mifzal
Buku Anak Apak (Hj. Subky Abdul Latif), Pengembaraan Ibn Battutah Jilid 1 (terjemahan Syed Nurul Akla Syed Abdullah & Adi Setia Mohd Dom) dan Darah Yahudi (Shafie Abdul Rahman)

Entahlah, akhir-akhir ini, rasa minat membaca tu semakin membuak-buak…ewah!! kalau masa baca buku untuk periksa hari itu kemain malas kan :p. Mujur, ibu dan Abah Mifzal berkongsi minat yang sama. Kami suka membeli, mengumpul dan membaca buku. Moga impian untuk ada perpustakaan mini sendiri di rumah tercapai.

Koleksi Buku Ibu Mifzal

koleksi buku 2
Buku Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi) & The Choice (Ahmad Deedat)

Antara buku-buku ini, buku Aku dan Ikhwan Al Muslimun telah habis ibu baca. Pengembaraan Ibn Battutah pula baru suku buku dibaca. Harap ada masa terluang untuk habis membaca semua buku-buku ini.

Buku Anak Apak adalah sebuah buku memoir kewartawanan ( jilid 1) hasil tulisan Hj Subky Abdul Latif manakala Jilid 2 adalah buku memoir Propagandis Zaman telah pun ibu baca terlebih dahulu. Ibu sangat tertarik dengan gaya penulis Hj Subky dalam menceritakan pengalaman hidupnya. Begitu juga dengan buku Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun hasil tulisan hebat  Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengenai pengalaman beliau bersama Al Ikhwan Al Muslimun. Menitis air mata ibu membaca pengalaman tokoh Islam ini ketika dipenjarakan semasa zaman resvolusi Mesir dahulu.

ps : Teringin nak ke Big Bad Wolf yang sedang berlangsung ketika ini. Teringinnya nak memborong buku lagi.

 1,171 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

  1. Buku adalah gizi bagi otak. Banyak baca buku apalagi buku berkualitas seperti yang anda baca ni bisa membantu menambah wasasan dan ilmu
    Selamat menjalankan tahun 2014 🙂

  2. Assalamu`alaikum,

    Syabas dan tahniah kerana IbuMifzal telah pun memiliki buku yang saya hasilkan sejak 20 tahun yang lepas, iaitu Pengembaraan Ibn Battutah.

    Rasanya itu baru hanya Jilid yang pertama. Masih ada separuh lagi isi buku itu yang tiada dalam naskhah soft copy. Jika ada naskhah hard copy, IbuMifzal pasti telah pun memiliki naskhah yang lengkap.

    Buku ini amat bermakna dan saya yakin naskhah ini mampu memperluas perspektif dan pandangan pembacanya terhadap Islam dan masyarakatnya yang mempunyai kekuatan tersendiri yang sangat banyak baik dari segi material mahupun spiritual.

    Yang pastinya buku travelog sentiasa menjanjikan hidangan pembacaan yang sangat mengujakan.

    Mohon e-mel saya apabila anda selesai membaca buku ini.

    Selamat membaca!

    Salam tulus ikhlas,

    Syed Nurulakla Syed Abdullah

1 Trackback / Pingback

  1. Beli Buku @ Trak Book2U – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*