Khasiat Kulit Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kulit kayu manis ini mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

kulit kayu manis
Banyak khasiatnya

Khasiat Kulit Kayu Manis

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Sapukan di bahagian berjerawat. Kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia membantu membuang angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi

Ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran di bahagian gigi yang sakit.Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

Merawat Masalah Kesuburan

12. Masalah kesuburan

Lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

sumber : Facebook

 1,919 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*