Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Khasiat Buah Delima


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

khasiat Buah Delima

BUAH DELIMA

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Antara khasiat buah delima ialah:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan proses penghadaman dan membersihkan sistem perkumuhan
  • Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan)
  • Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (mencegah penyakit gout)
  • Mengelak daripada rasa mual (ketika hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan terutama untuk ibu mengandung
  • Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
  • Menegangkan payu dara , merapat dan menyuburkan rahim
  • Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk
  • Mampu menurunkan kadar/paras glukosa/gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis)
  • Mencegah serangan angin ahmar bagi warga tua
  • Mampu megurangkan risiko penyakit jantung
  • Melancarkan fungsi buah pinggang dan mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
  • Lain-lain khasiat berguna untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam panas, cirit-birit serta kegunaan kecantikan yang mampu memutihkan kulit.

Sumber : Facebook

ps : tiba-tiba teringin nak makan buah delima lak

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


12 Responses

  1. shraqs berkata:

    kalo ke masjid india mesti tak miss 🙂
    Jom baca entri di blog shraqs : Aplikasi WinZip Untuk AndroidMy Profile

  2. onlajer berkata:

    as salam ,tapi sebnarnya buah dia ni berapa harga nya
    Jom baca entri di blog onlajer : 7 ELEVENMy Profile

  3. hatiputera berkata:

    orang mengandung bagus makan buah delima,,,tapi kena makan habis sebijik…
    Jom baca entri di blog hatiputera : Jadual Suku Akhir Euro 2012My Profile

  4. Hafizul berkata:

    isteri saya masa mengandung makan buah delima ni..org kata untuk bagi anak cerdik..haha
    Jom baca entri di blog Hafizul : Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 2My Profile

  5. sweetkurma berkata:

    banyak khasiat buah delima ni kan

  6. azura berkata:

    ngandg kali ni x merasa lg… dok suke gigit buah ceri
    Jom baca entri di blog azura : QUOTA BLOG DH ABIS… cmner nk buek ?My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge