Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
hmm…blm reda lg rupenya kisah putus tunang penjaga gol kebangsaan, Apek @ Khairul Fahmi..ibu terbaca di Harian Metro mengenai kenyataan ibu kepada bekas tunang apek iaitu Aimi Harmelia @ Elia..
KOTA BHARU: “Kenyataan dibuatnya pertunangan dia dengan anak saya sudah putus secara rasmi tidak benar. Sejak dia beritahu akan memutuskan pertunangan mengikut adat Melayu dan memulangkan cincin pertunangan dengan bantuan keluarga angkatnya, sampai hari ini semua itu tidak berlaku,” kata ibu Aimie Harmelia atau Elia.
Wanita berusia 46 tahun yang enggan dikenali berkata demikian sebagai menafikan kenyataan terbaru penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, baru-baru ini yang mendakwa pertunangannya dengan Elia diputuskan secara rasmi.
Ibu Elia berkata, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek hanya mengeruhkan lagi suasana, malah mengaibkan keluarganya.
“Kalau dia (Khairul Fahmi) ‘jantan’ sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami.
“Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Berita selanjutnya kena beli Harian Metro la. 🙂
sebagai ibu, mmg patut la mak elia ni bengang nga apek…apek pun asyik bagi kenyataan yg akhirnya mengkantoikan diri sendiri…susahkan jd org famous ni ada je..berita @ gosip..cuba kalau apek tu x famous..mungkin x masuk surat khabar pun pasal dia putus tunang…hope derang dapat selesaikan masalah itu dengan cara damai….
ps : ahli sukan skang mengalahkan artis famousnya…hehe
3,032 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Tapi kan..yg peliknya, kenyataan apa yg apek dah publishkan kat umum yg mengaibkan kuarga makcik nih? Sorry la kalo sy terlepas pandang, tp kalo ada boleh tak bg link utk sy review..
Apa yg sy tahu, anak makcik ni yg post perangai yang mengaibkan apek kat FB smpai satu malaysia tahu apek ni kurang ajar ngn org tua..so?