Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis (N49) 2018

Hari ini, 4 Ogos 2014 (Sabtu), telah diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) 49 : Sungai Kandis. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandang sebelum ini iaitu Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser pada 2 Julai 2018 yang lalu.

Pilihan Raya Kecil
Sumber Gambar : Sinar Harian

Pusat-pusat mengundi di sekitar Sungai Kandis, Selangor telah pun ditutup pada jam 5.30 petang tadi. Keputusan rasmi pilihan raya kecil kali ini kekal dimenangi oleh calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam fan calon Bebas, K. Murthy.

Kemenangan Pilihan Raya Kecil Untuk PKR

Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperolehi undi sebanyak 15,427 undi manakala pencabar terdekatnya, Datuk Lokman Noor Adam mendapat 9,585 undi dan K. Murthy hanya berjaya mengumpul 97 undi. Majoriti adalah sebanyak 5,842 undi.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Sungai Kandis pada hari ini ialah sebanyak 49.4 peratus dan berkurangan berbanding PRU ke 14 yang lalu.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge