Bayaran Peringkat Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018

Pasca Pilihan Raya Umum Malaysia ke 14 menyaksikan peralihan kuasa kerajaan pemerintah. Sejajar dengan itu, bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diwujudkan oleh kerajaan terdahulu telah ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

bantuan sara hidup
BR1M di tukar kepada BSH

Seperti mana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Mei 2018 yang lalu, Bantuan Sara Hidup (BSH) untu rakyat akan diteruskan walaupun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan menghadapi cabaran dengan situasi kewangan negara semasa.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018

Hari ini, YB Lim Guang Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 menerusi siaran media.

BACA INI : Jadual Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016

Tarikh pembayaran tersebut adalah pada 15 ogos 2018 (Rabu). Ini dibuat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam pada 22 Ogos 2018. Pembayaran ini akan melibatkan 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM1.6 Billion.

Jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 adalah sama seperti BR1M iaitu :

bantuan sara hidup
Kadar bayaran BSH

Pembayaran ini akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing. Bagi penerima yang tidak mempunyai nombor akaun bank, surat kelulusan akan dipos terus ke alamat penerima. Penerima bantuan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan ini boleh dibuat di talian bebas tol : 1800-88-2716 atau email kepada : bsh@treasury.gov.my.

Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang  : https://bsh.hasil.gov.my/

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge