Keputusan Permohonan e-GTukar Sesi Jun 2012


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebenarnya keputusan e-Gtukar sesi Jun 2012 sudah pun diketahui pada 19 Mei 2012 yang lalu bagi pertukaran antara negeri, manakala bagi pertukaran antara dan dalam daerah pula hanya diperolehi pada 26 Mei 2012 yang lalu.

Seperti yang ibu pernah ceritakan pada entry INI, yang Abah Mifzal Arsyad turut mengemukakan permohonan untuk bertukar tempat mengajar..banyak kali dah mohon tp x berjaya…Alhamdulillah, ada rezeki kali ini..akhirnya Abah Mifzal diluluskan untuk bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan rumah sewa sekarang. Walaupun keputusannya tidak seperti yang kami jangkakan tp tetap kena bersyukur..

result egtukar abah

Sebenarnya, Abah Mifzal mohon ke sekolah yang berdekatan dengan rumah yang kami beli iaitu di area Bidor tapi yang dapat sekolah di area Sungkai..kira masih jauh lah..bila duduk Bidor nanti sama je jarak dari rumah sekarang ke sekolah lama. dlm 23 km sehala..masih jauh pada ibu..buat masa sekarang ni okay lah..sekolah baru cuma 8 km sehala je dari rumah sewa. Harapan ibu untuk berpindah ke area yang berdekatan sedikit dengan pejabat ibu dalam masa terdekat ni nampaknya tidak lah dapat dipenuhi lagi…

Sebab utama untuk bertukar sekolah ialah untuk menjimatkan wang minyak petrol..sebulan kami kena allocate hampir RM700 (2 buah kereta) untuk minyak petrol sbb tempat kerja masing2 jauh dari rumah sekarang.  rumah sewa skang di tengah2..tiap2 hari, ibu ke utara n abah ke selatan. beza jarak antara pejabat ibu n sekolah abah skang dalam 53 km sehala..arah yang berlainan plak tu..kalau arah yg sama boleh la naik satu kereta je..huhu..x per lah..kali ini, ibu bersabar lagi la…nanti bila rumah dah siap baru pindah Bidor..buat masa skang masih duduk lagi la kat rumah sewa ni..hmmm…

ps : sebenarnya, honestly, ibu tak tau nak gembira atau x dgn keputusan ni..tapi x pe lah..pikir positif..ramai lg yg mintak tukar tp x dapat..ibu tahu perasaan mereka..sbb ibu dulu pun 3 kali buat rayuan baru dapat tukar dari Pahang ke Perak..kira staff FAMA x de la seramai cikgu cikgi ni..itu pun susah nak dapat tukar…sahkan pula cikgu2 ni kan,, adik ibu sendiri pun ada memohon bertukar dr sekolah kat Johor ke Pahang..pun x dapat..nampak gayanya kena guna kabel jugak lah ni..kesian kat adik ibu sbb tengah pregnant skang ni..berjauhan dr suami lak tuh..x pe dik..kita serupa..kakak mu ini dulu pun begitu jugak..huhu..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


7 Responses

  1. Hafizul berkata:

    Emm masalah la kan bila berjauhan..kuat betul hati ibu dan suami…terima je la ibu apa yang org bagi..kan2??
    Jom baca entri di blog Hafizul : Kambing Kena StrokMy Profile

  2. hatiputera berkata:

    satu sistem yang bagus dan memudahkan para guru memohon pertukaran secara online.
    Jom baca entri di blog hatiputera : BEST KE SAMSUNG GALAXY S3My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge