Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) Sesi Jun 2012 Dibuka 1 – 30 April 2012


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti rutin penggal persekolahan, sesi permohonan egTukar mmg ditunggu2. bukan Abah Mifzal Arsyad sahaja yang tertunggu, ibu percaya ramai cikgu-cikgu di Malaysia ni tertunggu-tunggu kan sesi permohonan pertukaran dibuka..Dah rasa x sabar dah nak mohon tukar..

egtukar 22012

Sesi Januari lepas, permohonan Abah Mifzal Arsyad tidak berjaya, ntahlah x diketahui sebabnya, ingatkan pegawai yg lama dah tukar ada can la pegawai baru urus dengan baik..tp rezeki masih belum berpihak pada kami. Gini la kalau x menggunakan kabel..kalau yg ada kabel senang2 je dapat tukar kan..tp x semua kes gitu..adalah segelintirnya..

okaylah, permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun 2012 akan di buka pada 1 April ini sehingga 30 April 2012, so bagi cikgu-cikgu yang ingin bertukar di atas pelbagai sebab, boleh la memohon bila sistem dibuka. Good luck dan doakan juga untuk kami.. 😀

Permohonan boleh dibuat di eGTukar

Nota : Sila gunakan Internet Explorer untuk browse

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi

Sila dapatkan maklumat lanjut di INFO TERKINI bagi guru DG44 yang ingin memohon ke IPG,IAB dan Kolej Matrikulasi. Hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak memohon ke Kolej Matrikulasi.

Sekian dimaklumkan.

ps : hope ada luck kali ni..w/pun ada biras si JPN Perak, tapi macam segan plak nak mintak tolong..



Jom Kongsi!

Related Posts:

58 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments

  1. Pingback: Keputusan Permohonan e-GTukar Sesi Jun 2012

  2. Pingback: Keputusan Permohonan e-GTukar Sesi Jun 2012 | Keluarga Mifzal Arsyad™