Secara rasminya, pada 14 Ogos 2018 (Selasa), blog IbuMifzal.Com telah menggunakan protokol internet HTTPS. URL baru blog ibu adalah https://ibumifzal.com dan bukan lagi http://ibumifzal.com. Sebenarnya dahulu, tidak terfikir pun untuk menggunakan protokol ini. Mungkin juga disebabkan ibu kurang arif dengan benda alah ini. Dan. merasakan tidak penting. TETAPI, kini tidak lagi. Banyak manfaat sekiranya website atau blog anda menggunakan HTTPS. Terutamanya dari segi keselamatan data.
Proses untuk set up protokol ini tidak lama pun dan mudah sahaja. Hehe. Tapi bukan ibu buat sendiri. Ibu minta bantuan penyedia hosting lah yang uruskan. Ibu telah menaik taraf pakej hosting yang ibu langgan untuk IbuMifzal.Com dengan ServerFreak. Naik taraf dari pakej Deluxe (pakej lama) ke Semi Pro. Pakej Semi Pro Serverfreak antaranya menawarkan domain dan juga SSL Certificate percuma. Selepas naik taraf dan membuat bayaran pakej, tidak sampai 4 jam, url domain IbuMifzal.Com telah bertukar dari menggunakan HTTP kepada HTTPS. Support ServerFreak memang pantas. Ibu sangat berpuas hati.
Okay, pasti ada juga yang tertanya-tanya kan, apa kelebihan menggunakan protokol HTTPS ini. Di sini, ibu akan kongsikan serba sedikit ilmu mengenai protokol ini.
Apakah Itu HTTPS?
HTTPS adalah merupakan akronim kepada Hyper Text Transfer Protocol Secure iaitu merupakan satu protokol pelayar web yang digunakan secara meluas yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet secara selamat.
HTTPS juga merupakan gabungan dari HTTP dengan SSL (Secure Socket Layer) / TLS (Transport Layer Security) protokol. Seluruh komunikasi yang dilakukan melalui HTTPS akan dienkripsi dan dianalisa untuk tujuan untuk keselamatan ketika terjadi transaksi data melalui internet. TLS adalah peraturan atau protokol pada jaringan komputer yang dapat menjaga kerahsiaan data yang dikirim oleh client ke server ataupun sebaliknya supaya pihak ketiga tidak dapat mencuri data yang dikirim ke server atau ke client. Manakala, SSL adalah sebuah teknologi enkripsi untuk keselamatan HTTP sehingga penghantaran data antara server dengan client terjaga.
Penggunaan SSL biasanya dapat dilihat pada address bar browser yang digunakan. Contohnya seperti blog ibu ini, https://ibumifzal.com. Di samping itu, pengunaan HTTPS juga boleh dilihat jelas dengan icon mangga atau lock dan juga perkataan Secure.
Kelebihan Menggunakan HTTPS
Keselamatan dan Kesulitan Maklumat Data Pengguna.
- Maklumat peribadi pengguna seperti nombor akaun bank, nombor telefon, nombor kad kredit, alamat rumah, alamat email dan sebagainya dihantar secara selamat di antara browser dan laman web.
Laman Web Yang Sah
- Laman web yang menggunakan protokol HTTPS adalah sah kerana sesetengah pendaftaran SSL Certificate perlukan butiran syarikat perniagaan.
Pelayar Selamat
- Laman web yang menggunakan HTTPS diyakini boleh dilayari dengan selamat.
Google SEO
- Google telah mengeluarkan kenyataan di mana laman web yang menggunakan protokol HTTPS adalah lebih selamat lebih diutamakan pada halaman hasil pencarian.
Kelebihan HTTPS ini kepada blogger seperti ibu ini sudah pasti ibu sangat mengutamakan keselamatan dan kesulitan maklumat serta juga Google SEO. Kerana itu lah, ibu mengambil keputusan untuk menggunakan protokol ini untuk blog IbuMifzal.Com ini. Walaupun, ada memberi kesan kepada kelajuan loading blog, tetapi itu tidak ketara rasanya. 😀
1,375 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Ada juga dapat tawaran dari Serverfreak tahun lepas (2018) suruh upgrade ke pakej Semi Pro ni. Sebabnya pakej Duluxe yang guna sekarang ni diorang dah tak tawarkan lagi. Tengok harga terus tak jadi nak upgrade. Pakej Deluxe yang sekarang ni pun macam under utilise je. Rasa membazir pulak nak upgrade ke Semi Pro ni.
Nak pakai https ni jugak guna yang free je. Pakai Cloudeflare.
Terbaik! Sekarang ini memang wajib pakai SSL. Website tanpa SSL akan keluar warning sekiranya pelawat menggunakan Google Chrome sebagai pelayar. Lagipun kebanyak hosting provider sekarang dah sediakan SSL cert percuma, tiada sebab untuk tak gunakan SSL.
memang kebanyakkan hosting provider dh masukkan ssl dalam pakej hosting. so untung kalau x guna kan.
wah tahniah..
ada kemajuan yang membanggakan..
baru nampak steady sikit
thanks.. bertatih dulu sblm dpt berlari laju. insya Allah.
boleh buat jugalah ainey, bagus kalau hosting provider bole buatkan sebab aju memang buta it hahaha
lebih bagus kalau guna SSL cert. data akan lebih selamat. mmg hosting provider boleh buatkan. kita order je.. hehe.