Lagu Setia Nyanyian Ahli Politik Malaysia

Lagu Setia adalah merupakan sebuah lagu patriotik di era 90-an ketika zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri yang keempat. Lagu ini ditulis oleh Datuk Ahmad Dassilah dan lirik oleh Tan Sri Mohamed Rahmat.

lagu setia lagu merdeka
Semangat Kemerdekaan

Dan, kali ini ketika Bulan Kemerdekaan dan semangat Malaysia Baharu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, lagu ini masih segar dan kembali berkumandang serta telah diberi nafas baru. Ia dinyanyikan semula artis-artis yang terkenal. Selain itu, tampil berbeza kali ini, lagu setia ini turut dinyanyikan oleh barisan ahli-ahli politik Malaysia daripada pelbagai parti. Sangat menarik bukan! Jom kita saksikan video Lagu Setia yang dinyanyikan oleh ahli-ahli politik kita.

Lirik Lagu Setia

Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

 

Sumber video : www.astroawani.com

Seronok pula tengok dan dengar video nyanyian ahli-ahli politik Malaysia. Masing-masing menyanyi tanpa mengira pemahaman politik mereka. Nampak harmoni sahaja. Suara pun boleh tahan semua. Tidak lah dapat tanding para artis tetapi boleh lah kalau setakat hendak suka-suka menyanyi sebagai hobi kan. 😀

 2,686 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*