Hanya Logo Halal JAKIM Yang Sah Digunakan Berkuatkuasa 1 Januari 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu tersangat2 la setuju bila mana, pihak Jakim dah umumkan yg hanya logo Jakim sahaja yang dibenarkan untuk digunakan. Bukan apa..kita selalu keliru untuk memilih terutamanya makanan kerana terdapat pelbagai bentuk logo halal dari dalam mahupun luar negara. so bila Jakim dah standardized penggunaan logo ini, amatlah bagus dan boleh mengelakkan kekeliruan pengguna islam.

logo-halal-jakim

PUTRAJAYA: Mulai 1 Jan depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 Nov.

“Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Jan, logo halal sedia ada adalah terbatal.

“Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

sumber : Harian Metro Online (MyMetro)
 
ps : so, harap pas ni dah x de rs was-was lg tentang status makanan bagi produk makanan atau produk yang berkaitan.

 761 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*