Gambar Majlis Pernikahan Pelakon Eira Syazira Dan Azad Jazmin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

skang ni musim artis-artis kahwin la kan..terbaru pelakon Eira Syazira telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati iaitu Azad Jazmin pada hari Jumaat, 16 September 2011. Tahniah diucapkan kepada kedua2 mempelai..semoga berbahagia ke anak cucu..

antara gambar-gambar di majlis akad nikah Eira Syazira dan Azad Jazmin

Eira menerima Mas Kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Eira juga turut menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea. Majlis Resepi Eira Syazira akan diadakan pada 17 November dan majlis disebelah Azad pula pada 26 September di Pulau Pinang, mereka berdua akan berbulan madu di Bali, Indonesia.

sumber : YanMie Online

ps : hujung bulan Oktober ni pun adik ibu nak kahwin..semoga majlis berjalan dengan lancar nanti 🙂

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge