Assalamuaikum WBT & Salam Sejahtera
Wah…berita baik untuk pekerja sektor swasta bakal diumumkan pada hari Isnin depan..sure senyum lebar nnt..
Gaji Minimum Sektor Swasta Akan Diumum Isnin Depan
PUTRAJAYA: Gaji minumum untuk sektor swasta akan diumumkan secara rasmi oleh perdana menteri pada Isnin depan iaitu sehari menjelang sambutan Hari Pekerja.Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, pengumuman itu akan dibuat dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada jam 8 malam.Pihah pekerja dan majikan masing-masing telah bersepakat dengan jumlah gaji minimum yang dipersetujui itu.
Polisi gaji minimum itu dijangka membawa faedah kepada 3.2 juta pekerja dalam sektor swasta khususnya dalam sektor industri kecil dan sederhana yang mana sebahagian besarnya berpendapatan kurang dari RM700 sebulan.Mereka dikatakan mewakili 33% daripada jumlah keseluruhan pekerja swasta yang kini berada di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan RM763 sebulan.
Sumber : Kosmo Online
Ps : Pekerja gomen dah gumbira menerima tunggakan gaji bulan ni ;D
1,127 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Tak sabar menunggu hari isnin depan.
Good luck..moga pengumumannya mengembirakan..
elok juga ada penetapan gaji minimum ni.. biar semua dapat gaji sama rata
betul tu..biar sekuran gaji minimun RM1000 sbb sbb dgn kos sara hidup skang mmg tercekik gak la…
gembira juga dengar berita camni…untung ler…:)
syukur la kan..pas ni x de la yg kutuk staff gomen je..asyik nak gaji naik je..huhu
swasta dan kerajaan..sama2 tersenyum gembira..
tu la..peniagaa pun gembira gak sbb ada yg nnt ambil kesempatan naikkan harga barang