Drama Pelangi Kasih Di Slot Samarinda TV3 – Sinopsis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama Pelangi Kasih akan menyusuri drama Bunga April yang disiarkan dalam slot Samarinda di TV3. Drama lakonan Nabila Huda Suhaimi, Johan As’aari, Puteri Sarah Liyana, Beto Kusyairy akan memulakan tayangan pada 18 Januari 2012 setiap Isnin – Khamis jam 10.30 malam.

Sinopsis Drama Pelangi Kasih

Mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila Huda, Beto dan Puteri Sarah. Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad. Ia bagi disesuaikan dengan wataknya yang mempunyai anak dan cucu dalam kisah itu.

Bercakap mengenai gandingannya dalam drama itu, Nabila berkata, dia tiada masalah sepanjang menjalani penggambaran drama itu dan dapat mencipta keserasian dengan Johan Asari yang memegang peranan sebagai suaminya.

sumber sinopsis : SuaraPeople

ps : jgn la lambat nau org astro nak dtg psg decoder astro beyond baru ni..huhu..nak ler tgk jugak drama ni..

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge