Buku Pesanan Ringkas @ SMS Taska Permata Mifzal Arsyad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semalam ibu sangat bersemangat menyiapkan buku pesanan ringkas @ SMS taska permata Mifzal Arsyad. Ketika pendaftaran semalam, cikgu taska ada memaklumkan perubahan format buku pesanan ringkas itu dah x sama dah macam tahun lepas..dan format baru tu jugak hendaklah di fotostat dan dimuatkan ke dalm fail atau folder yang ada mengandungi profile diri anak..

semalam, jenuhlah ibu memikir mcm mana nak buat ya..sbb mcm tahun lepas..just fotostat  buku SMS tu..cover n profile anak cikgu yang buatkan n derang jugak yg binding kan semua..kira senang la kan..ibu pun duk fikir la..kalau buat simple sgt kan..mcm x best..tp kalau nak buat kreatif x pandai plak..heheh..x pe la..buat biasa2 je lah..

oh..ya..mungkin ada yang x tahu apa itu ibu SMS atau pesanan ringkas tu..buku ni sebenarnya buku yang mengandungi pelaporan ibu bapa dan pendidik mengenai keadaan anak. ia memerlukan ibu bapa mengisi keadaan anak ketika menghantar ke taska, adakah sudah mandi, makan, tidur nyenyak pada malam sblmnya, anak sihat atau tidak? kul berapa hantar ke taska, dihantar oleh siapa? brg2 yang dibawa ke taska seperti baju, susu, botol susu dan sebagainya. manakala cikgu pula akan mengisi aktiviti, pembelajaran, menu makanan dan pelaporan serta perkembangan anak. buku ini perlu di bawa dan diisi oleh ibu bapa dan cikgu setiap hari taska (isnin – jumaat).

ps : tahun ini, peraturan taska pun semakin ketat, baguslah..x de la ibu bapa hantar anak2 sambil lewa..al-maklumlah bayar RM20.00 je sebulan.. 🙂

 1,750 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*