Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Drama Paan Paiz Di TV3


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama komedi terbaru di TV3 telah pun memulakan siarannya pada 11 April 2012, setiap Rabu jam 10.00 malam. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon yang boleh tahan hebatnya seperti Zahiril Adzim, Zalif Sidek dan Sari Yanti

SINOPSIS DRAMA PAAN PAIZ

Drama Paan Paiz mengisahkan 2 orang sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak. Mungkin agak janggal melihat 2 orang lelaki yang sudah tiba usianya untuk berumah tangga asyik ‘berkepit’ ke sana sini tetapi perhubungan Paan dan Paiz memang seperti magnet dengan besi yang sukar dipisahkan.

Paan seorang yang pemalas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya.

Siapakah bakal isteri Paiz itu? Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira.

Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

ps : layanlah nanti :).

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


1 Response

  1. Hafizul berkata:

    Skali baru saya tengok cite ni..Ternyata memang best..kelakar lagi tu..huhu
    Jom baca entri di blog Hafizul : Perginya Tak Kembali LagiMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge