Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
DRAMA KEKASIHKU PUYU
- Bermula: 29 Ogos 2011,
- Hari: setiap Isnin hingga Khamis,
- Masa: 4.00petang
- Slot: Lagenda.
- Pelakon: Intan Ladyana, Mohd Fazren Mohd Rafi, Zarina Zainuddin, Mak Jah, Hafizuddin dan Rizal Ayub
Sinopsis
Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.
Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.
Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya? Temui jawapannya dalam Kekasihku Puyu,
Download Link : KLIK SINI
ps: ibu belum bekesempatan utk tgk lagi :p
1,605 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
Best citer…wlpun tak dpt tengok pukul 4pm…internet jadi teman…