Drama Demi Dia

Tentu ramai yang mengikuti drama Teduhan Kasih yang masih ke udara di slot Akasia Tv3. Ibu pun salah seorang peminat drama ini. Menunggu-menunggu saja episod terkini. Okay, Drama Demi Dia pula adalah drama baru yang akan menggantikan drama Teduhan Kasih pada bulan Ramadhan nanti. Tarikh tayangan dijangkakan pada 1 Julai 2013 ini.

drama demi dia

Sumber gambar : EDTV

Drama ini dilakonkan oleh Elfira Loy, Zoey Rahman, Amar Bahrin, Shasha Alkhred dan Dynaz Mokhtar. Diarahkan oleh Aziz M.Osman. Drama ini mengisahkan Zack & Azura yang kahwin muda (Sinopsis penuh akan dikemas kini kemudian).

Sinopsis Drama Demi Dia

Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan kebahagiaan anak saudaranya.

Nantikan drama Demi Dia pada Ramadhan ini. Best macam Teduhan Kasih tak? :p

 2,039 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*