Ketika Mifzal di Taska Permata, cikgu-cikgu nya, sering juga mengadu kepada ibu yang Mifzal agak nakal dan tidak mendengar nasihat. Luluh nya hati ibu, bila ada yang cakap anak nakal. Kanak-kanak seusia Mifzal masih dalam fasa membesar. Macam-macam ragam dibuatnya. Ibu tak salahkan orang lain. Mungkin kekurangan itu dari ibu sendiri. Terlalu memanjakannya. Ya lah, anak seorang, nak dimarah kesian. Tak dilayan, nak layan siapa lagi. Bukan tidak pernah marah, tetapi tangisan anak meruntun hati si ibu. Bila marah dan kemudiannya dipujuk, makin naik lemak lah dia.
Nampaknya kena ubah cara didikan. Memang mencabar membesarkan anak di zaman ini. Pengaruh luar dan persekitaran juga boleh menyebab anak-anak menjadi nakal atau lasak. Sebagai ibu-bapa, kita harus berusaha untuk memastikan anak kita dididik sesempurna yang mungkin.
Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak
1. Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.
5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.
6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.”
7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”.
9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
10,573 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Anak anak yang nakal dan lasak ni pintar sebenarnya
.
Moga moga Allah jadikan doa kita pada mereka makbul
.
Doa yang baik lah kan
Tp xsemua org faham…anak saya dh dua kali di reject utk hantar ke tadika sbb kenakalan n kelasakan dia….sedih hati saya
memang akan ada orang yang tak faham. moga Allah bukakan pintu hati mereka dan dipermudahkan urusan ummi dan keluarga
Luarr biasa, semoga jadi anak sholeh ya nak.aaminn
Bagi bapak / Ibu yang sedang mencari jasa service ac di bintaro silahkan hubungi kami Jagoan service.
Masayaallah ilmu yang berguna, anak saya sudah menunjukkan tanda-tanda lasak dan aktif serta kurang beri perhatain masa kita bercakap ( 2thn 1 bln). kadang-kadang rasa cm nak marah, tp memang x makan saman. anak yang lasak dan tak serik walaupun da tesungkur dan tegolek.. mgkin saya boleh cuba doa2 ni… tq Ibu Mifzan.. info yang sngt di cari2…
Sangat berinformasi. Anak saya tak sampai setahun sudah menunjukkan kenakalannya. Pengasuh pun geleng kepala. Pecahkan tingkap, koyakkan tikar getah..marah lambat suap makanan.. Dugaan. Mungkin mewarisi kenakalan abahnya. Heheh
Assalamualaikum..
Alhamdullillah dapat jugak apa yg dicari dalam page.. Nak praktikkan pada anak.. Doakan Semoga norlin berjaya ye.. Insyallah..
bagus ni.. bleh wat rujukan bila dah ada anak nanti.. hehe
yang no.9 tu kalau dr segi ilmu right brain pun memang menjadi.. cakap benda yang baik2, apa yang kita nak dengan anak tu dalam tempoh anak betol2 dah nk terlelap.. banyak testimoni cakap memang berkesan.
anak2 senang dibentuk ketika msh kecil..boleh kita amalkan ketika anak2 masih kecil dan dlm fasa membesar
Keluar topik sat yer IM.
Just nak inform yg ambe ada nampak iklan kot yg tak berapa elok pakaiannya (walaupun gambar kartun) kat entri ni…tak pasti iklan apa…
sorry, iklan google adsense..dh byk yg blocked dah tp masih ada..thanks bg tau, sy akan blocked lg yg mana iklan x senonoh yg masih keluar..huhu
Alhamdulillah. Dapat sesuatu kat sini. Terima kasih IM.
Anak2 gitulah, nak kena bentuk selembut dan tegas bertempat. Dibiar sangat tak boleh, dikeras sgtpun tak boleh =)
Moga mifzal membesar dgn baik dan jadi anak soleh…ameen
sama-sama..sharing is caring..
Terima kasih untuk perkongsian doa ini,berguna kepada anak sedara saya yang semakin hari semakin nakal
sama-sama..sharing is caring 🙂
bagusnya nanti nak amalkanlah, anak kita nakal juga hihihi
jom kita amalkan..budak2 biasalah umur mereka mcm ni mmg aktif n lasak..tp bila org lain yg ckp mmg terasa hati juga tp x leh la nak salah kan org lain plak..hehe.
ps : hati seorang ibu mmg sensitip..hehe
Betullah. Mmg kita terkejut tp nak tak nak, kena carik jalan utk betulkan anak. kecik2 ni senang nak bentuk. kena caranya, inshaaAllah baiklah anak kita..ameen
hari ni anak bongsu saya berusia 3tahun. setiap tahun dan bulan pasti ada perangai baru. kalau ingat kembali pasti mengamit rasa rindu.
bila tgk anak2 membesar dan tak dgr cakap..terfikir dalam kepala.. agaknya mcmnilah aku dulu, tak makan saman
hehe..yg itu sy setuju..hehe..