Diana Amir Pun Dah Pakai Tudung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu baca kisah Diana Amir dah mula bertudung ni di blog YanMie Online..wah..baguslah..tahniah diucapkan pada Diana Amir kerana mendapat hidayah dari Allah SWT untuk menutup aurat..x semua org dpt peluang gini kan.. so harap sgt..kekalkan imej bertudung ni..jg bertudung sebab fesyen atau ikut-ikut orang je..

Diana Amir membuat kenyataan yg beliau diberi hidayah dari Allah SWT melalui mimpi. berikut kenyataan Diana Amir yang ibu petik dari blog OhBulan

Salam, Diana kongsi sedikit macam mana Diana terbuka hati untuk berhijab. Berhijab bukan hanya di kepala, tapi juga di hati. Insyallah.

Sebelum itu, kalau Diana ada tersalah kata, Diana minta maaf. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk atas kekurangan Diana sendiri. Minta maaf awal-awal.

Beberapa bulan sebelum ini, Diana pernah didatangi perasaan takut akan hari kiamat, apa yang akan berlaku selepas meninggal dunia. Diana tahu banyak buat dosa, dan Diana belum bersedia untuk menghadapi hari perhitungan, belum bersedia untuk menghadap Pencipta.

Tapi, Diana masih nak kebahagiaan duniawi. Masih sibuk mencari watak-watak dalam lakonan yang Diana suka. Sedangkan semua itu dunia, akhirat lebih kekal. Sehingga satu hari di bulan Ramadhan, Diana berjumpa seorang hamba Allah yang sudah berhijrah. Alhamdullilah, beliau kongsi ilmu agama.

Dosa Diana yang belum berkahwin pun ditanggung sama dengan ayah Diana. Sampai hati Diana biar abah pikul dosa yang Diana buat. Sedangkan, abah sentiasa berdoa untuk Diana menjadi muslim yang taat kepada tuhan. Abah insan yang sangat baik. Kenapa Diana tak dengar nasihat abah?

Disebabkan banyak faktor, Diana nekad untuk terus berhijab dan insyallah jalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih kepada yang ramai membantu Diana dan berikan semangat untuk terus belajar, dan belajar.

Ingin diingatkan Diana masih belajar. Kalau ada salah tegur Diana. Insyallah Diana istiqamah dan akan terus perbetulkan peribadi.

penghijrahan Diana Amir turut disokong oleh Wardina Saffiyah…baguslah…Wardina adalah seorang selebriti yg boleh dijadikan contoh.

ps : ibu suka tgk artis-artis menutup aurat..tp jgn plak yg dah elok tutup aurat..sibuk nak bukak2 pulak..haish… 

 2,227 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*