Aduhai, 5 hari tidak berblog. Cuti sekejap gara-gara ibu mengalami demam bengkak tonsil. Sakitnya tekak, nak menelan bukan main susah. Nak telan air liur pun sakit sahkan nak telan makanan. Yang geramnya, walaupun demam selera makan tetap ada. Sudahnya tak dapat nak makan lebih sebab perit tekak nak menelan. Kebelakangan ini, kerap juga ibu demam akibat tonsil bengkak. Mujur kali ini, demam tak teruk. Suhu pun antara 37.9 hingga 38.4 darjah celcius turun naik. Ke klinik dapat lah sehari cuti sakit. Dapatlah berehat di rumah walaupun sekejap. Sebenarnya, ibu mengalami bengkak tonsil ini ketika ibu bercuti di kampung halaman ibu di Kelantan.
Oleh kerana ibu agak kerap mengalami demam bengkak tonsil ini, ibu adalah juga google info yang berkaitan dengan tonsilitis atau demam bengkak tonsil ini.
Deman Bengkak Tonsil
Apa itu Demam Bengkak Tonsil atau Tonsilitis?
Tonsil adalah merupakan 2 nodus limfa yang berada di dalam mulut iaitu di bahagian belakang tekak. Fungsi tonsil ini adalah untuk menghalang bakteria dalam badan kita. Tonsilitis pula bermaksud apabila tonsil tersebut dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus). Tonsilitis sebenarnya tidak berbahaya kerana ia menunjukkan sistem immune badan sedang berfungsi dengan baik. Namun jika selalu mengalami tonsilitis, Ia bermaksud immune dalam keadan lemah kerana sering diserang penyakit.
Punca Bengkak Tonsil
Tonsil menghasilkan sel darah putih yang membantu badan melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria yang masuk melalui mulut. Disebabkan itu jugalah, tonsil juga mudah dijangkiti. Tonsilitis yang dihidapi oleh kanak-kanak adalah berpunca daripada persekitaran manakala bagiorang dewasa ia disebabkan oleh sistem imunisasi badan yang telah lemah.
Simptom dan Tanda-tanda Bengkak Tonsil
Antara simptom dan tanda-tanda yang biasa dialami adalah seperti sakit tekak, tonsil yang membengkak dan merah, sakit ketika mahu menelan, demam, batuk, sakit kepala, selalu cepat letih dan penat serta menggigil akibat badan yang sakit dan tidak selesa.
Tonsilitis yang parah dan kronik pula boleh dikesan jika terdapat tanda-tanda atau simptom seperti keluar tompok putih atau kuning pada tonsil, bengkak pada kelenjar sekitar leher, turun berat badan, semakin sukar menelan makanan dan minuman, loya, letih berpanjangan, sakit perut, muntah, nafas berbau, sukar membuka mulut, hilang selera makan dan suara bertukar menjadi garau atau sebaliknya,
Rawatan Untuk Bengkak Tonsil
Tonsil yang biasa atau tidak serius biasanya hanya akan diberikan rawatan antibiotik. Manakala bagi tonsilitis kronik, pembedahan akan dijalankan bagi membuang tonsil. Pembedahan tersebut dinamakan sebagai Tonsillectomy.
2,840 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
aida tonsil teroks.
pernah dpt surat doktor swasta utk refer GH.
utk bedah. rasanya 7-8 thn lepas kot.
aida x gi pon. takot!
so kalau tetiba rasa perit tekak, terus num air byk2.
num air asam jawa. if tak ok, terus amik antibiotik 🙂
skang ni dah ok la ya? boleh cuba saranan aida tu…kebelakang ni asyik kena ja…huhu
aju and family pun ada tonsil, sekarang ni tengah makan gamat healin, alhamdulillah berkesan dan tak perlu operate buang tonsil, boleh rujuk entry aju yg ni
http://www.ajumohit.com/2016/05/tak-nak-operate-tonsil/
kalau teruk memang kena operate lah kan..hopefully x jadi teruk..huhu