Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Tengahari semalam, dah selamat hantar borang permohonan untuk kemasukan anak kecil ibu, Mifzal Arsyad ke pra sekolah (tahun 2013) & darjah satu (tahun 2015) di SK yang berdekatan dengan office ibu.
Tahun ini adalah tahun terakhir Mifzal Arsyad (Boboy) di Taska Permata. Tahun hadapan dah masuk tadika. Di sini, ada juga pilihan selain pra sekolah seperti Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika PASTI dan Tadika Agama. Cuma tadika swasta yang ternama, tu tak ada lah. Sini, pekan kecil. Kalau ada pun, tak semua mampu hantar ke tadika yang berbayar dan mahal yurannya 🙂
Mulanya, ibu agak berbelah bahagi, nak hantar boboy belajar di mana. Rata-rata pilihan lebih kurang sama sahaja. Namun atas permintaan Boboy sendiri, yang mahu bersekolah di sekolah besar (Sekolah Kebangsaan). Ibu pilih pra sekolah sahaja. Tak sabar rupanya, anak ibu nak bersekolah ya.
Lama dah, Boboy request kat ibu n abah nak bersekolah di sekolah besar. Hari-hari duk tanya “boboy dah besar ke belum?” Jenuh juga mahu memujuknya setiap hari ke Taska Permata tu. Katanya, Taska Permata itu sekolah kecil sahaja.
Boboy : “Ibu, tak sabarnya saya nak sekolah besar“
Mungkin, cikgu taska nya ada bagitahu boboy yang tahun depan boboy dah tak sekolah kat sekolah kecil tapi akan bersekolah di sekolah besar. 🙂
Harap permohonan ke pra sekolah ni diterima lah, kerana menurut kerani sekolah tu, boboy baru 5 tahun, pihak sekolah mendahulukan budak-budak berumur 6 tahun. Tak cukup qouta baru ambil budak umur 5 tahun.
ps : oh…anak ibu dah besar.
Posted from My Samsung Galaxy Note
3,119 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
Haha..selamat menempuh alam persekolahan buat boboy anak bertuah..hehe..
Itu lah, tak sabar nak tgk dia bersekolah…boboy pun kemain gembira kalau sebab pasal sekolah besar.
slmt bersekolah adik mifzal 🙂
X sabar nak tgk dak mifzal ni pakai uniform sekolah…
ohh..tak sabar ye..meh cikgu ajar. hehe..
Habis..oh cikgu nak ajar apa yer?haha
jauh lagi perjalanan sy.,,hehe
tahun depan daftar anak sulung tadika…mcm mana agaknya..
x sabarkan tgk anak2 sekolah..hehe
bestkan tgk perkembangan anak.. sekejap ja rasa.. 🙂
itu la…x perasan masa berlalu begitu pantas..anak2 dah besar..
alahai nak skola dah boboi ni ye, nanti bila boboi dah masuk skola lagi rasa yg anak kita ni dah besar sob sob hihi
Itu lah..sekejap je rs mas berjalan…br je rs saat melahirkan dulu..skang dah nak sekolah dah dia…
harap permohonan boboy diterima…
Terima kasih 🙂
permohonan boboy ke sekolah diterima….teruja tengok anak tak sabar ke sekolah nak belajar… 🙂
Harap2 diterima lah… Mmg teruja tgk anak dah besar n bersekolah…
Cutenya si boboi ni. Dah besar nak masuk sekolah yer..hujung tahun persiapan untuk anak sekolah pulak yer. Semua tu duit tu..
Betul..duiy semua tu..mujur bonus dpt hujung tahun n awal tahun nnt…